Bersederhana dalam percakapan dan tidak songsang dalam menghukum manusia atas perlakuan mereka dengan sewenang-wenangnya.
"Kami tak dapat memasuki kawasan itu untuk memberi bantuan, ianya diselia dengan kawalan ketat parti XX."
Ini adalah antara beratus (mungkin juga lebih) status yang kita dapat baca dalam timeline FB, Twitter dan pelbagai media sosial lain. Apa sebabnya, saya sendiri kurang pasti. Adakah benar atau tidak juga saya tak mahu masuk campur.
Cuma di sini mungkin saya boleh memberi pendapat. Jika (benar) pusat penempatan dikawal dengan ketat, pergi sahajalah berjumpa dengan orang lain dan berilah bantuan. Mudah bukan? Cukuplah menyebar cerita yang nantinya akan menjadi viral dan mungkin berakhir dengan perbalahan yang tak pasal-pasal. Mungkin betul mereka mengawal dan sudah pastinya ada sebab-sebab mengapa mereka bertindak sedemikian. Tetapi alangkah bahayanya jika keadaan bukan seperti yang diperkatakan atau mungkin setakat salah faham biasa yang selalunya berlaku.
Usah disebar benda-benda yang tidak mendatangkan manfaat pada kita, lebih-lebih lagi untuk mengambil kesempatan terhadap manusia-manusia pilihan Allah yang diuji. Tanamlah rasa yakin yang Allah sentiasa ada untuk membantu mereka-mereka dan rasa kasih mengasihi kita antara manusia. Elakkan membaja dengan baja negatif, takut nanti yang tumbuh adalah pohon kebencian yang memakan diri sendiri.
Apabila buntu menghadapi tekanan, maka berdoalah.
Doa sebagai senjata orang beriman serta pembekal bantuan dan kekuatan.
Akbar Ali bin Abdul Razak.
Ya Allah, rahmatMu kuharapkan, janganlah Engkau serahkan diriku kepadaku walaupun sekelip mata dan perbaikilah semua keadaanku. Tiada tuhan (yang haq) selain Engkau.
(Riwayat Abu Daud)
Aida Ishak
Shah Alam
No comments:
Post a Comment