Sakinah Selamanya


1

Hamparan bunga-bunga indah memenuhi perkarangan Universiti Istanbul sungguh menenangkan. Tiada kata yang mampu menerangkan kecantikan tatkala mata memandangnya. Indah nian. Yusuf masih terkebil-kebil menanti jawapan Sakinah. Sakinah memberi reaksi hambar apabila bertemu dengannya. Seolah-olah tiada perasaan. tidak seperti dirinya. 

“Saya bukan yang pertama. Saya rasa saya tak perlu untuk menjadi pengganti. Rasanya tak sanggup untuk hidup dalam bayangan seseorang.”

Akhirnya keluar juga kata-kata dari mulut wanita itu. Namun, jawapannya bukan seperti yang diharap Yusuf.

“Saya sayangkan awak. Tentunya saya tak mampu untuk mengatakan awak yang pertama. Tapi, awak bukanlah pengganti. Awak juga bukan bayangan. Saya sayangkan awak bukan sebagai fantasi, tetapi realiti.”

Yusuf memandang Sakinah. Pandangan yang penuh harapan. Mengharap Sakinah membalas kata cintanya. Entah kenapa semenjak Sakinah menghilangkan diri bebrapa minggu yang lalu, dia seakan merindui wanita itu. Betul kata ibunya. Mengapa tidak untuk cuba mengenali hati budi Sakinah dahulu sebleum membuat sebarang keputusan.

“Awak kata saya macam-macam. Awak sendiri yang sebut yang awak tak perlu perempuan seperti saya dalam hidup awak. Awak juga yang beritahu saya cuba untuk mengambil kesempatan atas kekayaan keluarga awak. Kenapa sekarang awak datang seperti menagih cinta pula?”

“Saya silap. Awak sendiri tahu bagaimana payahnya untuk saya melupakan dia.”

“Dan sekarang apa perlu saya untuk awak?”

“Untuk melengkapkan hidup saya. Untuk..”

“Untuk buat awak melupakan arwah Diana?”

“Jangan terlalu kejam menghukum saya Sakinah. Saya bersalah pada awak, tapi, bila awak tak ada, baru saya sedar betapa pentingnya awak pada saya. Serba tak kena Sakinah.”

“Oh, bila saya ada baru serba kena? Itu bukan sebab perlunya saya untuk awak. Itu namanya awak ingin mempergunakan saya untuk kepentingan peribadi awak. Bukan untuk saya menjadi permaisuri, tetapi sekadar perempuan buat menemani. Carilah wanita lain Yusuf. Saya cuba untuk mengenali awak satu ketika dulu, tapi sememangnya Allah beri kesempatan kepada saya untuk kembali menilai erti sebuah perkenalan yang sangat mengecewakan. Saat hati saya mula menerima, saya sudah disakiti dengan luka yang amat dalam. Dan tatkala luka ini kian sembuh, awak kembali seperti mahu mengubati. Maaf, cara awak tu hanya lebih menambah parah.”

Sakinah berlalu. Tiada setitis pun airmata yang keluar dari kolam matanya. 

“Sakinah! Tunggu!. Dari jauh saya datang. Saya minta maaf.”

Yusuf mengejarnya. Sakinah menoleh ke belakang.

“Manusia akan merasa bila mereka sakit. Cukuplah Yusuf. Pulanglah. Maafkan saya.”

Sakinah meneruskan langkahan kakinya ke hadapan. Tanpa sedikit nada kesal mahupun sedih. Dia tekad. Yusuf menelan liur. Menahan mengah dalam panas. Hampir habis tabungannya menjejak Sakinah di bumi Istanbul tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Kini, airmata Yusuf yang mengalir. Betapa dia merindui Sakinah yang diperkenalkan oleh ibunya 4 bulan yang lalu. Saat dia tidak keruan kerana kehilangan tunang tersayang yang meninggalkanya 2 hari sebelum mereka bakal dinikahkan. Dia amat membenci Sakinah. Padanya Sakinah hanya mahu mengambil kesempatan atas kesenangan keluarganya. Sakinah bukanlah wanita bandar seperti Diana. Sakinah hanya seorang budak kampung yang dibawa ibunya untuk membantu serba sedikit kerja rumah. 

Saat itu dia tidak tahu yang Sakinah mencari tabungan untuk dia meneruskan pelajarannya di Istanbul. Dia hanya tahu mengejar bayangan arwah Diana. Diana adalah dunianya. Kini, Sakinah yang sentiasa menghantuinya. Walau secara fizikalnya Sakinah tidak semoden Diana, tetapi Sakinah sentiasa membawa ketenangan dalam dirinya.

“Argh. Tenang apanya bila aku terpaksa mengejar dan dia tidak langsung mahu berkompromi.”

Hati Yusuf mula pedih. Mungkin kerana kepenatan berkejaran sana sini mencari Sakinah dari semalam. Yusuf membuka kembali kertas alamat dan nombor telefon yang diberi oleh abang sulung Sakinah, Salman. Yusuf merayu minta belas kasihan Salman untuk membantu dia memenangi kembali hati Sakinah. Airmatanya menitis. Perutnya juga memberi petunjuk yang ianya perlu diisi. 
Dia mengeluh. Mencapai telefon dan mendail nombor ibunya di Malaysia.

“Assalamualaikum Mama. Yusuf ni.”

“Waalaikumussalam. Iya Yusuf. Yusuf kat mana ni?”

“Yusuf di Istanbul. Cari Sakinah. Yusuf kurang duitlah Mama. Boleh ke Yusuf nak minta sedikit belanja sampai lusa. Bila dah selesai, Yusuf balik.”

“Ya Allah. Kenapa Yusuf ke sana tak beritahu Mama. Patutlah Papa kata dia macam nampak kelibat Yusuf di airport semalam. Macam mana Mama nak hantar duit? Yusuf ok ke? Jumpa ke Sakinah?”

“Mama bank in aje kat akaun Yusuf macam biasa. Yusuf keluarkan dari sini. Pasal Sakinah, nanti Yusuf balik, kita ceritalah ye Ma. Perut dah berkeroncong kelaparan. Yusuf tak ada duit.”

“Baiklah nak. Lain kali jangan buat macam ni lagi. Mama bank in terus ni. Duit untuk tiket flight balik dah ada?”

“Belum.”

Talian putus. 

“Arghh. Mesti dah kena potong line ni!” Yusuf menepuk dahinya. Kemudian menekup muka dan menangis. Dia seakan mahu melepaskan kekusutan yang melanda dan seketika kemudian, dia merasakan beg sandangnya di tarik.

“Mesti awak lapar. Ambil ni.”

Sakinah menghulurkan beberapa keping roti dan sebotol jus. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah Yusuf.

“Mama Papa tahu awak ke sini?”

Yusuf menggeleng. Dia tidak menjawab, tetapi sibuk mengoyak bungkusan roti yang diberi Sakinah. Dikunyahnya dengan lahap. 

“Mana awak tau saya ada di sini.”

Yusuf menghulurkan kertas alamat tulisan tangan Salman kepada Sakinah. Kebetulan dia masih lagi memegang kertas itu sebelum Sakinah sampai.

“Oh. Abang Salman beritahu ye. So, awak gamble datang sini dan cuba kejar saya lepas awak halau saya?”

Yusuf mengangguk. Dia mati akal untuk berkata-kata dan cuba fokus dengan makanan yang ada.

“Malam ni ada tempat tidur?”

Yusuf kembali menggeleng. Kali ini dia mengangkat muka dan cuba bertentang mata dengan Sakinah. 

“Lepas makan nanti. Ikut saya. Saya tunggu awak kat kerusi sana.” Sakinah bangun dan membetulkan trench coat nya. Menyapu-nyapu rerumput halus yang melekat-lekat dan berlalu perlahan.

Yusuf cepat-cepat bangun dan menurutinya.

“Awak maafkan saya?”

“Saya buat ini sebab teringat kebaikan Mama Papa. Jauh sekali untuk memaafkan. Jangan Tanya lagi pasal macam-macam.” Sakinah menjawab ringkas.



2

Sakinah membatukan diri sepanjang perjalanan. Yusuf juga seperti takut mahu bertanya ke mana Sakinah membawanya. Perjalanan mereka sepi walau keadaan persekitaran amat sibuk. Setelah mereka berjalan lebih kurang satu kilometer, Sakinah berhenti.

“Tunggu sekejap. Saya nak beli sedikit barang.”

“Baiklah.”

Yusuf hanya mengangguk perlahan. Dia betul-betul keletihan. Ke sana ke mari setibanya di bumi Istanbul beberapa jam lepas.

Lebih kurang 5 minit kemudian, Sakinah keluar dengan beberapa plastic barang keperluan. Yusuf meneka mungkin Sakinah mahu ditemani untuk membeli barang keperluan hariannya. Dia mula tersenyum. Mungkin Sakinah mula mahu menerimanya.

Sakinah menghulurkan plastik-plastik itu kepada Yusuf.

“Untuk apa ni?”

“Untuk awak. Buat keperluan awak. Sebelum awak balik.”

“Ish, tak apalah. Saya dah nak balik pun.”

“Nampak bangunan coklat seberang jalan tu?”

Yusuf melontarkn pandangnnya ke arah yang disebut oleh Sakinah. Memang betul. Tersergam satu bangunan cantik berwarna coklat.

“Hotel?”

“Ya. Ambil duit ni untuk deposit. Nanti awak dah ada duit, awak bayar lebihnya. Lepas ni, pandai-pandailah awak nak pergi mana-mana.”

Sakinah menghulurkan sekeping sampul surat kepada Yusuf.

“Saya tak boleh menerimanya. Duit awak tu.”

“Ni duit yang Papa beri. Duit Papa, duit awak juga. Ambillah. Awak lebih perlukannya dari saya sekarang.”

Sakinah memaniskan mukanya sedikit. Pandangan Yusuf tertancap pada raut wajah tenang Sakinah.

Dia semakin jatuh hati pada gadis itu. Sakinah menundukkan kepalanya saat di melihat mata Yusuf mengamatinya.

“Saya pergi dulu. Assalmualaikum.”

“Waalaikumussalam. Err..Sakinah. Boleh saya nak minta sesuatu?”

“Apa dia?”

“Errr..sementara saya dah ada di sini. Boleh ke awak bawa saya ke satu dua tempat-tempat menarik kat sini?”

Sakinah melepaskan nafasnya. Yusuf masih belum putus asa dalam perjuangan memenangi kembali hatinya.

“Lusa baru saya start cuti. Boleh lah kalau nak ke tempat dekat-dekat. Saya pun tak tau semua lagi.”

Sakinah menjawab dengan acuh tak acuh. Hatinya masih sakit dengan kata-kata Yusuf satu ketika dulu. Namun, kebaikan dan ketulusan hati kedua ibu bapa Yusuf sentiasa menjadi ubat mujarab merubat luka tersebut. Kesungguhan Papa mendapatkannya tempat di Istanbul dan menyediakan kemudahan terutamanya kewangan kepadanya, sememangnya tak dapat dibalas walaupun dengan perilaku Yusuf yang sangat mengjengkelkan satu ketika dulu. Manusia mampu berubah jika mereka mahu. Yusuf mungkin juga sudah berubah, telahnya.

“Terima kasih, Sakinah. Saya ke taman university awak lusa pagi ye. Kita sarapan sama-sama dan kita pergi jalan sama-sama. Ok?”

“Insya Allah.”

Sakinah berlalu. Yusuf memerhatikan tingkah jalan wanita yang tadi di hadapannya. Mengapa sebelum ini dia tidak melihat kejernihan wajah itu. Mengapa sebelum ini dia menyakiti hati wanita sebaik Sakinah. Akan ku menangi kembali hatimu Sakinah. Yusuf memegang tekad menawan semula hati Sakinah.



3

Yusuf bersiap-siap untuk solat subuh. Dia terdengar azan dilaungkan berdekatan dengan hotel. Mungkin tak berapa jauh kerana suara muazzin jelas kedengaran. Setelah selesai, dia keluar dari biliknya dan menuju ke lif. di ketika itu, telefonnya berbunyi. tertera mesej dari Sakinah.

Ada satu masjid berdekatan dengan hotel. Keluar pintu lobi, belok ke kiri. Lepas beberapa blok kedai, awak toleh ke kanan. Nanti akan nampak pintu pagar masjid warna emas. Ba'da Subuh, saya tunggu awak depan pintu lobi. Hari ni lecture saya cancel. Boleh lah bawa awak jalan-jalan sebelum awak balik.

Yusuf tersenyum. Ya Allah, perkenankanlah doaku ini. Aamiin.
Dia berjalan riang menuju ke masjid mengikut panduan yang diberikan oleh Sakinah. 

Setibanya di masjid yang berpagar emas itu, dilihatnya suasana kawasan sekeliling masjid amat meriah. berbondong-bondong jemaah mahu bersama-sama merebut pahala 27 kali ganda solat berjemaah. Suasana begini tidak pernah dilihat di Malaysia. Solat Subuh seperti satu pesta. Masya Allah Tabarakallah.






No comments:

Post a Comment