Friday, December 12, 2014

Biarlah Rahsia




Could be better, could be worse, and could just be different. 
Everybody’s got a past. 
The past does not equal the future unless you live there. 
The best thing you can do now is just let it go




Suasana berangin nyaman. Keadaan di sekitar tasik seolah-olah memahami keheningan jiwa sepasang suami isteri yang sedang berselisih faham. Seorang memandang ke timur, seorang memandang ke barat. Lumrahnya hidup berumahtangga, ada masanya tenang dan ada masanya tegang.

Si isteri nampanya sedikit terasa apabila mendengar cerita sang suami. Suami secara tidak sengaja (ataupun mungkin sengaja kerana untuk menguji tahap kecemburuan isterinya) bercerita tentang kekasih lamanya yang merupakan sahabat baik si isteri. 

Isteri yang pada mulanya tersenyum kelat, akhirnya merubah kutub pandangan. Suami yang tadi di tepinya, kini berada di belakangnya. Dua-dua membatu. 

“Maafkan bila ku tak sempurna, cinta ini tak bisa kutegah, 
ayat-ayat cinta bercerita, cintaku padamu”

Bait-bait lagu ini mungkin menceritakan kisah hati seorang isteri yang tidak merasakan dirinya sempurna, namun dia merelakan dirinya dipergunakan oleh cintanya yang mendalam kepada suaminya.  

Itu adalah antara kisah yang mungkin berlaku dalam hikayat rumahtangga sesetengah di antara kita. Keadaan selalunya berlaku apabila salah seorang cuba membuat perbandingan ataupun sahaja bercerita sama ada ianya berlaku dalam sedar atau tidak dan juga sengaja atau tidak. 

Tentunya salah satu pihak akan terasa. Yang manis dirasa masam, yang enak terus menjadi pahit. Cuaca sebegini sepatutnya tidak berlaku di dalam satu rumahtangga yang pada asalnya terbuka dengan satu set kunci ketelusan, kejujuran, kesefahaman dan kasih sayang. 

Leraikanlah perlahan. Lepaskan jauh dari pandangan. Tidak ada gunanya untuk bercerita ataupun mengungkit kisah lama. 

Saya pasti, jika tiada rasa, tidak akan ada pasangan yang bercinta dengan yang lain dan berkahwin dengan yang lain. Kerana adanya rasa, maka yang kemudiannya dikahwini dan yang pertama di lepaskan pergi. 

Betul.
Rasa itu Allah yang terbitkan. Dari mata turunnya ke hati. Datangnya rindu daripada lahirnya benci. Allah mengetahui segalanya. Dia yang menciptakan kita, maka Dia lebih arif tentang pasangan kita. Ya, Dia lebih Arif meletakkan rasa di dalam kita. 

Tetapi, kita juga perlu pandai menggunakan rasa itu untuk kebahagiaan. Meletak rasa pada tempatnya dan member rasa pada yang sewajarnya. 
  
Jika nanti ada satu ketika, sesuatu yang dahulunya dirasa tiba-tiba datang mengusik hati, rasalah sendiri, tak perlu beritahu isteri. Biarlah rahsia.

 "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)


Aida Ishak
Shah Alam.

No comments:

Post a Comment