Memahami bagaimana mahu menghadapi ujian harus bermula dgn satu pertanyaan ringkas : kenapa kita berada di dunia? - prof muhd kamil ibrahim. (Prof MKI)
Kita seringkali meletakkan satu keadaan dalam konteks ujian apabila kita tidak dapat, atau berlaku satu keadaan dukacita. Sedangkan tanpa sedar, apa yg kita dapat juga merupakan satu lembaran ujian.
Prof MKI memberi contoh seorang pensyarah merasakan dirinya ditimpa ujian yg berat apabila tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dlm peringkat phd, tetapi tidak memikirkan ianya juga adalah satu ujian jika dia sudah memegang gelaran DR.
Justeru, satu prinsip mudah yg boleh diterap dalam kehidupan harian kita adalah konsep sabar dan syukur. Letaklah dalam keadaan apa sekalipun, bila adanya sabar dan syukur, maka insya Allah diri sentiasa ditampung tabah.
Keyakinan seorang hamba yang meletakkan pengharapan kepada Allah adalah bersifat tuntas, kental, bulat dan sepenuh hati. Dia tidak mempunyai keraguan, sangsi serta was-was dengan pengharapan yang telah diberikan
Allah berfirman :
“Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat”
Al Baqarah : 45
Tidakkah seorang yang berdoa kepada Allah dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturrahim atau mohon disegerakan. Maka Sahabat berkata "Ya Rasulullah, bagaimana doa minta segera itu?, Baginda berkata : "Seseorang itu berdoa, aku berdoa Tuhanku, maka perkenanlah segera"
Riwayat Tirmizi
Dalam konteks ini juga, saya amat tertarik dengan kata-kata yang dinukilkan oleh Dr. Bilal Philips :
Olives are pressed to get useful oil, fruits are squeezed for tasty juice, and flowers are crushed for scented perfume.
Therefore, if you feel ‘pressured’ remember that it is Allah, the Most High, Who is getting the best out of you.
Aida Ishak
Shah Alam
No comments:
Post a Comment