** Belum Bertajuk **


1
Hembusan angin sejuk menerpa pipi. Dingin. Layla mengalih pandangannya kembali pada kedua-dua anaknya yang masih lena tidur dalam pelukan suaminya. Dia senyum sendiri mengenangkan keletah Idura dan Insyirah semasa menyambut kepulangan Dadda mereka di lapangan terbang semalam. 

Enam bulan tidak bersua muka. Hanya suara yang menjadi pengubat rindu. Tentunya saat-saat ini tidak akan dilepaskannya terutama buat kedua anak. Namun, apa yang disebut suaminya di hujung perbualan semalam kembali menjadi tanda tanya.

“I dah tak de kerja.”
“Innalillah, kenapa tu? You ada buat silap?”
“I yang minta. Tak tahan juga bila macam ni. Setahun 2 kali aje boleh balik.”
“La, bersabar lah sedikit. mungkin lepas setahun, dapatlah kerja kat sini balik.”
“It’s not what you think, Layla. Tak apa lah, kita tidur dulu, nanti esok-esok I cerita.”

Idham bukan pemalas, dia juga bukan memilih pekerjaan. Mungkin ada sesuatu yang membuatkannya bertindak sedemikian sekali lagi. Layla kembali merenung ke luar jendela. 

“You fikirkan apa yang I cakap semalam ke?”
Sentuhan lembut insan bernama suami singgah di rambut Layla. 
“Haah. I fikir apa reason you kali ni..”
Layla memusingkan tubuhnya menghadap ke Idham. Kini, Idham memegang kedua bahunya dan menghadiahkan Layla sebuah senyuman. 
“I tak sanggup tinggalkan you dan anak-anak. I dapat rasakan kesusahan you bertiga di sini dan I tak mahu biarkan masa yang I ada untuk tidak melihat anak-anak membesar. Tak acilah kalau you sorang aje yang nampak perkembangan diaorang dari hari ke hari. Silap-silap haribulan, diaorang tak kenal Dadda. Asik-asik dengan Momma aje..”
Layla tergelak. Alasan yang agak keanak-anakan, tetapi ada betulnya. 
“I ada benda nak cerita, tapi, I dah lama tak rasa bihun goreng you yang super sedap tu. You janji semalam you nak goreng bihun for breakfast kan?”
“Oh ye. Ok-ok. You tengok-tengokkan Dura and Syira ye. kejap-kejap lagi bangunlah tu.”
Idham senyum. Layla berlalu sambil tersenyum juga. Idham kembali ke katil, cuba mengusik anak-anaknya. Idura tersedar dan terus memeluk Idham. Insyirah merengek-rengek apabila diusik Daddanya. Idham mencium mesra kedua puterinya dan merangkul mereka turun ke tingkat bawah. 
“Come girls, Momma masak bihun goreng favorite Dadda.”
Insyirah masih merengek, Idura cepat-cepat menguatkan pelukannya kepada Idham. Bahagia. 

2
Sebungkus bihun habis dimasaknya. Dihidangkan bersama telur lirai dan sambal kicap kegemaran Idham. Sambal kicap resepi turun temurun keluarganya sentiasa menjadi santapan sampinan suaminya. Seingatnya, dia membekalkan 3 botol besar sambal kicap semasa Idham mahu terbang ke Dubai dan ianya licin setelah sebulan. Layla senyum sendiri. Idham dan sambal kicap, tak dapat dipisahkan.

“Eh, senyum sorang-sorang.”
“Hihihi. Anak-anak mana?”
“Ada depan TV. Nak watch Teletubbies katanya.”
“Oh, memang. Syira suka sangat Teletubbies. Dura selalu tak layan sangat.”
“Haah. Dura main tablet yang I hadiahkan tu.”

Layla menghulurkan mangkuk berisi bihun goreng ke Idham. 
“Tolong ye. Letakkan atas meja. I nak buat air.”
“Ok. Green tea ye darling.”
“Ok. I ingat favorite you.”

Idham menguntum senyum. Layla yang masih Layla. Tetap Layla yang dikenalinya dahulu. Tak pernah merungut, tak pernah juga melawan. Taat dan menurut. Syukur jodohnya diberi Allah bersama Layla. Jika wanita lain, entah apa yang jadi pada hubungan mereka. Namun, Idham percaya, ketentuan Allah semuanya baik belaka. Insya Allah, kullu khair. 

Teh hijau panas kegemaran suaminya telah siap dibuat. Enam bulan dia tidak mencium aroma teh hijau. Jika terbau, tentu rindu akan memanjat, tentu sekali hati rasa ketat. Jadi, sebaiknya dia menjauhkan bau-bau kegemaran suaminya. Lebih tenang di hati, lebih waras di akal. Layla senyum lagi. 

“Asyik senyum sorang-sorang. Apa agaknya yang you dok fikir?”
“Thinking about you.”
Layla mengenyit matanya. Idham membalas dan mereka tertawa. 
“Apa pasal Dadda ketawa-ketawa?”
Idura menarik-narik baju Layla. Dia meminta untuk diangkat dan diletakkan di atas kerusi. Idham merangkulnya dan menciumnya berkali-kali.
“Dadda sayang Dura?”
“Of course lah sayang. Dura kan anak Dadda yang comel, Masya Allah Tabarakallah.”
“Kalau macam tu, Dadda jangan pergi work far-far away ye. Dura nak Dadda dengan Momma ada kat rumah macam ni. Barulah macam live happily ever after”

Idham mengetap bibirnya. Sayu. Apakah perasaan Idura sewaktu berjauhan dengannya. Adakah Insyirah juga merasainya? Bagaimana pula Layla berhadapan dengan keletah dan sakit pening mereka? Bagaimana pula bila Layla sendiri yang sakit? Allahurabbi. Bertalu-talu soalan keluar tatkala mendengar permintaan anaknya.   

“Dura sit down here. Momma nak ambil Syira jap. Nanti kita makan sama-sama.”
Layla menarik kerusi untuk Idura. dia kemudiannya menuju ke ruang menonton untuk mengambil Insyirah bersarapan bersama. Insyirah kembali merengek apabila Layla menutup rancangan kegemarannya. 
“Later we watch. Now we eat.”
Insyirah tetap merengek kecil. Layla mendukungnya dan meletakkannya di dalam kerusi bayi. 
“Dadda say du’a, Dura, Syira and Momma say aamiin. Ok?”
Idura bersuara. Idham mengusap lembut kepala anak sulungnya. 

“Ok. Kita baca du’a dulu ye.”

---

Bersambung...

No comments:

Post a Comment