Saturday, September 21, 2019

Jerebu, kabur.

Salam Sayang semua.

Dua hari lepas kisah jerebu lah yang paling hangat diperkatakan. Sana sini semuanya bercerita perihal jerebu yang semakin teruk. Menyesakkan dan tak sikit yang jatuh sakit kerananya.

Ianya bagai satu ujian buat semua. KPM pun arahkan semua sekolah di kawasan yang teruk terjejas untuk menutup sekolah.

Kebetulan anak2 asrama kami pun dibenarkan pulang jika rumah berdekatan. Mama dan Baba tak mengambil masa yang lama untuk membawa mereka pulang. Entah kenapa rindu memuncak sementelah risaukan keadaan mereka jika mereka tak mahu ambil kisah tentang jerebu dan kesihatan.
Iya lah, peperiksaan akhir tahun makin hampir, kesihatan sangat perlu dititik beratkan.

Teringat arwah Mak dulu pesan. Kesihatan kena jaga, especially masa2 nak peperiksaan. Kita tak punya kekuatan walau kita pandai sekalipun andai kita sakit nak jawab exam. Kalau kita sudah menjaganya, tetapi masih sakit, itu adalah ujian. Tetapi jika kita membiarkan aje tanpa kita jaga kesihatan kita, itu adalah kebodohan.

Arwah Mak ni, bila dia dah tak ada, banyak benda yang Mama 'nampak'. Semua kata-katanya sebelum ini rupanya adalah satu panduan buat kami adik beradik. Masa Mak ada, Mama tak berapa perasan kata-katanya. Dengar seakan angin lalu. Allahu, rindunya. Moga kedua ibunda dan ayahanda tenang di sana, nanti kita semua ditemukan di syurga, Aamiin.

Berbalik kisah asal.


Selesai urusan mengambil anak2 asrama, kami menghantar pula anak2 yang di rumah ke Kumon. Yang besar pun ikut sekali. Ternyata ianya satu sesi yang menarik bila Balqees perlu membeli beberapa keperluan di farmasi. Mama selitkan sedikit semangat untuk teruskan hafazannya dan cabar diri sendiri untuk melangkaui ketetapan minimum pencapaian tahunan hafazan sekolah. Dia seakan tidak mahu terlalu terburu-buru, slow and steady win the race. katanya. Berlainan dengan Mama, Mama kalau boleh mahukan dia lebih bersemangat dan cepat. Dia menjawab dengan - Kakak rasa Kakak tak boleh, so Kakak follow the flow ajelah. Kakak tak hebat macam yang lain pun.
Sempat Mama 'membebel' dengannya di farmasi.

Kita selalu lihat kelebihan orang.
Sebab tu kita hanya nampak kelemahan diri sendiri.
Kita nampak seronok jadi orang lain.
Dan kita tak ambil pusing pasal diri kita.
Cuba kita ubah mentaliti kita dan gunakan kelebihan kita ke arah yang lebih baik.
Bukan bermaksud kita perlu lihat kelemahan orang lain.
Tetapi kita patut gunakan kelebihan orang yang kita nampak tu, untuk upgrade skill dan kemampuan kita.
Bukan untuk kita terus berada dalam lingkungan kelemahan dan biarkan ianya menguasai kita.

Ok Mama.
Tu aje dia jawab. Penat betul Mama membebel dalam farmasi. Bersemangat gayanya.

Mungkin fikirannya masih berjerebu.
Maka bebelan Mama pun kabur-kabur aje di matanya.
Hihihi.

Yang penting.
Mama dah bebel.
#siscuba

Till then, jumpa lagi nanti ye.
Bye.
Salam.


Luv,
Mama Aida

No comments:

Post a Comment