Nampak Tak Kasih Sayang?
---
“Mama, apa yang kita dapat kalau kita sayang seseorang?” Ujar Si Kakak memecah kesunyian Mama yang sedang menyediakan makan malam.
Entah ye. Maybe kita dapat kembali kasih sayangnya, dan Allah pun sayang kita” Mama hanya menjawab ringkas. Agenda memasak perlu cepat kerana waktu Maghrib masuk awal. Tatkala Mama masih lagi ralit menguruskan gorengan di atas dapur dan membasuh beberapa pinggan di dalam sinki, dia datang menghampiri Mama. Sedikit terkejut Mama dibuatnya.
“Mama sayang Kakak?”
“Of course” Dia mengelip-ngelipkan matanya.
“Why?” Mama bertanyanya kembali.
“Kakak sedang merasakan apa yang Kakak dapat selepas Mama kata Mama sayang Kakak.” Tergelak saya dibuatnya.
Namun itulah anak-anak dan tentunya itulah sifat anak kedua Mama ini. Selagi jawapan yang diperolehi tidak memeuaskan hatinya ataupun selagi tidak berekperimentasi dengan jawapan yang diperolehi, dia akan tetap mencuba untuk memuaskan hatinya.
“Look, it’s not what you can see, Kakak. Bukan sayang ni kena bagi nampak baru namanya sayang. Sayang ni subjektif. Tak perlu nampak apabila nak bagi atau tak perlu nampak bila nak dapat, ataupun kalau dapat tak semestinya kita nampak mcm kita tengok bawang ni.” Kebetulan di di tangan Mama ada selabu bawang besar. Dia ketawa kecil.
“Subjektif? Macam soalan matematik?”
Mama hanya menggeleng-gelengkan kepala.
“Kakak duduk diam-diam dulu. Habiskan air or buatlah apa yang Kakak nak buat sementara Mama nak siapkan dinner ni. Nanti lambat nak Maghrib pula.”
Dia memuncungkan mulutnya. Memang terasa di hati tak sepatutnya Mama berkata sedemikian, namun Mama perlu fokus untuk memastikan makan malam dihidang sebelum jam 6.30 petang.
Setelah selesai memasak, menghidang dan mengemas dapur, Mama melepaskan lelah berkejaran di meja makan. Kakak masih di tempatnya. Membaca novel bersama secawan air milo.
“So, apa yang Kakak rasa?”
“Rasa apa?”
“Sepanjang Kakak duduk kat sini? Rasa disayangi ke tak?”
“Oh. Errmmm, Kakak nampak Mama masak. Masak untuk semua orang makan. Sayang lah kut. Kalau tak sayang tak kan Mama masak. Betul ke?”
“Tapi Kakak tak makan semua yang Mama masak. Kakak hanya akan ambil sup sahaja.”
“Tapi itu bukan bermakna Kakak tak sayang Mama. Kakak tak boleh nak makan. Jadi Kakak makan sup aje.”
“Jadi, tu sebabnya Mama kata sayang ni bukan yang kita nampak. Yang kita tak nampak pun sayang juga. Macam Kakak makan sup tu aje lah.”
“Oh! Faham dah. Mama ni macam magic.”
Mama hanya tergelak kecil dan menjuihkan sedikit bibir.
“Well, you are amazing too! Masya Allah!"
Kami tergelak bersama.
No comments:
Post a Comment