Saturday, April 1, 2017

Hujan.





Bila hujan kembali menitik deras membasahi bumi.
Sedarkah kita yang langit terbuka seluasnya.
Sedia menerima doa-doa hambaNya.

Adakah kita daripada salah seorang yang sedar?
Menadah tangan merayu rindu.
Meminta disejahterakan hidup dan diberkati.
Meminta dipermudahkan urusan dan dirahmati.
Meminta dipelihara iman.

Apa pun permintaan.
Tak pernah Allah tak dengar.
Mintalah.



Aida

Pergi jauh-jauh



Pergi jauh-jauh rasa benci.
Hadirlah suka.
Bukan mudah mencari.
Tidak juga mudah meneliti.

Pergi jauh-jauh rasa geram.
Hadirlah gembira.
Bukan mudah menyakiti.
Tidak juga mudah mengubati.

Pergi jauh-jauh ego.
Hadirlah positif.
Bukan mudah bersangka.
Tidak juga mudah memaafi.



Luv, Aida

yang....


Dalam kehidupan.
Bila terlalu memikir bagaimana untuk menjaga hati manusia lain.
Kita telah membebankan diri kita sendiri.
Kita memberatkan diri kita sendiri.
Kita menyakitkan diri kita sendiri.
Kita seringkali lupa.
Yang memegang hatinya adalah Allah.
Dan yang memegang hati kita juga Allah.

Fitrah manusia..
Bila mereka terlalu letih
Mereka akan berhenti.
Bila mereka terlalu penat
Mereka tak akan mampu meneruskan.

Dan..
Bila mereka belum puas
Mereka tak akan henti menyakiti.


Luv, Aida

Tuesday, November 29, 2016

Gelap...









Kadang-kadang kita rasa dunia kita gelap. Tak nampak jalan. Tak nampak apa2.
Cuma, bila dah lama duduk dalam gelap, mula kita dapat keyakinan atas keadaan sekeliling dan sedikit keberanian untuk meraba apa yang boleh digunakan.
Lama kelamaan kita mula biasa dengan kegelapan. Tak rasa gelap cuma mungkin rasa sedikit kekurangan dan keterbatasan melakukan sesuatu. 

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan hanya Allah sebaik-baik Pelindung. 

Mungkin pada minda aku tak cukup kuat, namun hidupkanlah hati dengan tali2 yang cukup ampuh sokongannya sehingga tiada apa selain keyakinan Allah tahu yang terbaik buatku, Allah rancang yang terbaik buatku dan Allah jadikan sesuatu itu baik buatku. 

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Ledakkan semangat biar tuntas caranya. Regukan kekuatan biar betul gerakannya.
Satukan ikatan biar berani perginya.
Hidupkan hati biar membara senantiasa.
Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.



Luv, Aida

Tuesday, September 15, 2015

Sombong.


dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
Al Isra' : 37






Kindness makes you the most beautiful person in the world, regardless of who you are and what you look like.


If people are trying to put you DOWN, it only means that you are ABOVE them. So, be grateful and cheer up!!


Salam Dzulhijjah 1436.
Selamat Hari Malaysia.


Aida Ishak
Shah Alam

Tuesday, July 28, 2015

Minat dan Genggaman






Suatu hari ketika pulang sekolah..

“Mama, Haarith minat dengan lego lah Mama.”

“Oh, jadi kenapa dengan lego?” saya kebuntuan apabila disuakan dengan ayat penyata sebegitu oleh Haarith Hashim.

“Haarith suka sangat, ermm, kalau boleh Haarith nak Mama belikan satu yang kecik pun tak apa.” Dia membuat muka comelnya. Seakan tahu hati Mama selalu cair apabila anak-anak membuat muka sedemkian.




“Yang minat, Haarith. Tapi yang penat, Mama.” Saya membalasnya, tanpa melihat mukanya.

Dia mendatangkan mukanya di hadapan saya, mengerutkan dahi dan menyepetkan matanya yang agak sepet berbanding dengan adik beradik yang lain.

“Iye, yang main Haarith, tapi yang kutipnya?”
“Oh..” dia senyum. Terkena.

“Anak yang soleh, minatnya kena lah selari dengan tuntutan. Bukan main taram aje.” Saya memegang jemarinya.

Seperti biasa, situasi begini selalunya akan berlaku di dalam kereta. Saya tidak akan bercakap seperti sepasang kekasih jika bukan di dalam kereta kerana suasana syurga kecil kami memang selalu gamat, dan tentunya nasihat atau kata-kata tidak dapat menembusi hati anak-anak.

“Kalau minat main lego, tentu dia tahu caranya, ambil, main dan simpan. Kalau balik sekolah, mandi, makan dan buat homework ataupun baca buku. Kalau tengok tv, buka tv perlahan, tonton cerita yang sesuai, habis yang mahu ditonton, tutup tv. Kalau ambil barang orang, tanya dan minta izin dahulu. Kalau masuk ke tandas, baca doa, pakai selipar, tunaikan hajat, bersihkan sebelum keluar, bukan orang yang masuk kemudiannya kena bersihkan.”

Dia tertawa lagi. Semua yang saya sebutkan itu adalah satu bentuk amaran sebenarnya, namun saya cuba sampaikan sehabis lembut dan masih dengan hati yang lembut.

“Kalau Haarith janji, Mama belikan lego?”

“Orang Islam, kena pegang janji, kalau tak namanya munafik.”

“Mama munafik lah.” Ha, sekarang, Mama yang terkena.

“Haarith yang berjanji, Mama yang munafik?”

“Mama kata nak jemput awal, tapi Mama sampai lambat.”

“Mama sebut tak tadi, insya Allah?”

Dia mengangguk.

Entah kenapa. Merasakan jemari Mama digenggam erat olehnya, air mata jatuh.
Genggam lah anak. Mama akan sentiasa rindukannya….

Aida Ishak
Shah Alam

Saturday, May 23, 2015

Kita Sekapal, Kelana Bersama.

Repost from Facebook : aidazairina.ishak



Lately bnyk pula nampak postings berkenaan suami kena buat itu ini..isteri tak payah buat sepatutnya..pembahagian kerja dan sebagainya.

Mama ni mmg tabik spring pada ibu2 berkerjaya sebab mereka mmg super woman!!
Urus kerja, urus rumah, urus suami dan urus anak bukan lah satu kerja yg mudah. Urus diri sendiri dan mengurus emosi juga bukan satu kerja mudah.

Mungkin nampak tak berapa nak adil jika semua kerja orang pompuan (isteri) kena buat. Atau mungkin nampak pihak suami tak ambil berat langsung pasal kerja2 rumah ni.

Wanita nature nya adalah berkaitan dengan menyantuni rumahtangga dan anak2.
Lelaki pula nature nya keluar mencari rezeki dan berkaitan dgn kerja2 yg berat.

Tiada salah bg suami untuk membantu isteri malah pertolongan suami sentiasa dialu2kan. Seni Islam mudah..apa2 yg baik dan mampu mendekatkan diri dengan Allah dan mampu mendatangkan bahagia, adalah sangat2 digalakkan.

Namun, apabila ketidak puasan berlaku dan suasana tegang menyelubungi pasangan tatkala suami isteri berdebat mengenai senarai kerja masing2, ungkit mengungkit dan tuduh menuduh, seni yang pada asalnya indah tadi nampaknya bertukar tempo. Punch line lari, pitching pun semacam..apatah lagi iramanya pincang bila rentak tak selari dgn penghayatan.

Wanita dikenali sebagai manusia yg penuh kelembutan dan kepandaian dlm menyusun atur. Lelaki pula lebih wise dalam mengemudi. Itulah tujuan asal sebuah perkahwinan. Sama2 bersama bersatu dalam urusan, menampal mana2 kekurangan pasangan dan memberi sebanyak2nya.

Bukan tak pernah diri terasa lelah atau beremosi tatkala mood angin tak menentu, tapi saya suka jika wanita lebih rasional dalam menyanuni urusan rumah tangga kerana bukan semua lelaki labelnya pemalas atau pun menggunakan kuasa veto mereka..tetapi mereka lebih selesa untuk isteri melakukannya. Sedap di rasa. Sedap di mata.

Cik2 abang pula, ambillah kesempatan berterima kasih, memuji jika tak berkesempatan nak exercise membantu. Tak keluar duit pun untuk 2 patah kata terima kasih dan 3 patah kata I Love You. Tak perlu keluar dr meeting pun untuk menghantar khabar melalui telefon atau memaklumi isteri di mana mereka berada. Maklumlah..wanita ni mmg cepat risau. Sebab tu mereka cepat melenting bila dia penat dan suami pulak nampak relaks2 depan gadjet 😊. Dia bukan risau apa..risau lambat masak..nnt cik abang juga yg lambat makan...ye tak?

Dalam senario sekarang..
Wanita (isteri) ramai yg sama2 bergandingan dgn suami untuk mencari nafkah. Bagi mereka yg berkemampuan, boleh lah menggajikan pembantu. Bagi mereka yang belum direzekikan, toleransilah. Marah2 pun penat juga..last2 kerja x siap..silap2 anak2 pun x nak duduk rumah dgn kita.

Okeh.
Ni just pot pet Mama aje. Tak de kena mengena dgn sesiapa..
Sendiri bikin post untuk diri sendiri..sbb kadang2 dtg juga angin sepoi2 bahasa tu..ihihiihihi


Aida Ishak
Shah Alam