Vakum, Seterika dan TV





Vakum, Seterika dan TV

Oleh : Aida Zairina Ishak





Bab 1
Arza terkejut. Bingkas bangun. Banyak lagi nampaknya yang belum selesai. Bertimbun di sana, berlonggok di sini. Masa nampaknya belum mahu berkompromi dengannya. Hanya 2 jam berbaki sebelum semuanya menjadi musibah terbesar.
“Macam mana ni. Macam mana aku boleh tertidur? Semua nampaknya tak berjalan. Ishhh..tv ni lah. Suka nak tayang cerita sedap-sedap. Ulit-ulit aku sampai tidur.” Bisik hati Arza.
Arza  menggaru-garu kepalanya. Membetulkan ikatan rambutnya serta menyarung kembali tudung yang sentiasa dipakainya. Pening melihat kain yang bertimbun untuk diselesaikannya dalam masa 2 jam. Yang hendak digosok ditimbun di atas sofa. Yang hendak dilipat diletakkan atas tikar. Semuanya di hadapan TV. Diangkatnya papan gosok yang agak berat dan diletakkan betul2 depan peti TV. Seterika jenama Tefal diangkut sekali. Sebotol air diletakkan berdekatan supaya senang untuk refill air untuk tentuan steam.
“Ni namanya gunakan otak. Sambil aku layan sinetron ni, aku gosok lah sekali. Ya Allah, permudahkanlah urusan aku ye, jangan terkoyak baju-baju ini sudah, aamiin. Bismillah…”
Arza mula menggosok sambil menonton sinetron Indonesia kegemarannya. Semenjak dia diberi peluang oleh Ummi Hamidah untuk menonton TV, dia menjadi kemaruk menonton beberapa cerita bersiri luar negara yang menjadi tayangan di kebanyakan siaran televisyen di waktu petang. Ummi Hamidah selalunya akan keluar selepas Zuhur dan hanya akan pulang ke rumah selepas jam enam petang. Apa urusan majikannya tak diambil tahu. Yang dia tahu hanya dia perlu menyiapkan timbunan kain baju sehari-hari. Pelbagai saiz dan jenis. Baju sekolah pun ada. Tugasnya hanya membasuh, melipat dan menggosok pakaian dan juga mem’vakum’ banglo mewah milik Ummi Hamidah. Kerja-kerja rumah yang lain diuruskan sendiri oleh Ummi Hamidah. Ummi mempunyai 2 orang anak yang masing-masing sedang bekerja dan belajar di luar negara. Suami Ummi dah lama meninggal dunia.  Jadi, Arza akan berseorangan apabila Ummi Hamidah keluar.
“Alhamdulillah. Yang gosok dah siap. Sejam untuk melipat. Harapnya sempatlah sebelum Ummi balik. Kalau tak, tak tahan aku dengar dia bebel.”  Arza tertawa kecil.
Arza memanjat kabinet di ruang dobi untuk mengambil beg yang Ummi Hamidah beli untuk menyimpan baju-baju yang sudah dilipat. Dia tak pernah bertanya ke mana Ummi Hamidah membawa baju-baju tersebut setiap hari. Padanya, itu urusan Ummi Hamidah. Tak ada kaitan dengannya. Asalkan gajinya setiap bulan tak dilupakan sudah cukup baik. Cukuplah untuk dia membayar balik pinjaman yuran pengajiannya.
“Assalamualaikum”
“Makkkkkkkkkkk..” Arza terkejut lalu terjatuh. Terduduk.  Kepalanya ditimpa dengan beg-beg plastic yang berada di tangannya.
“Ya Allah!! Mari sini Ummi tolong.” Ummi Hamidah berlari mendapatkan Arza yang jatuh dari kerusi.
“Adui laa..sakitnya Ummi… Nasib baik plastic aje yang jatuh, kalau tong tu jatuh, abis kepala Ja ni Ummi.” Arza mengaduh dan menggosok-gosok kepala.
“Boleh bangun ke Ja?” Ummi Hamidah Cuma untuk membantu Arza bangun.
“Boleh Ummi. Ja tak apa-apa, Cuma terkejut je tadi. Cepatnya Ummi balik. Belum pukul 6 ni.”
“Sorrylah ye. Ummi tadi lupa nak inform Ja yang Ummi nak ke airport. Ambil anak bujang Ummi. Dia balik bercuti sini dalam sebulan.”
“Oh. Patut pun.”
“Kenapa?”
“Ja Nampak Ummi masak masakan arab tadi, mesti ada tetamu.”
“Ni bukan tetamu, ni tuan rumah. Sharif tu memang suka nasi arab tu.”
Arza senyum. Meleret. Dia bangun, walau agak sedikit sakit. Sharif dah nak balik! Hatinya berbunga.
“Kalau sakit, mari Ummi bawak ke klinik dulu.” Ummi Jamidah mempelawanya.
“Eh, tak payah lah Ummi. Bukannya patah pun. Ja ok je. Cuma, kain tu Ja tak siap lagi lipat.”
“La, Ja buat apa? Tak sudah dengan drama indon lah tu” Ummi mencekak pinggang. Arza menekup mulutnya dan tawa kecil kedengaran.
“Ya ampun Ummi. Ja tadi sebenarnya tertidur. Hehehehe.” Arza mengambil tangan Ummi Hamidah dan mengucupnya berkali-kali.
“Cakap pun dah serupa. Dah, sekarang,siapkan lipat baju tu. Lepas tu nanti siap-siapkan meja makan sekali  ye. Ummi tak sempat nak buat ni, sekejap lagi flight Sharif sampai. Ummi naik tukar baju kejap.”
“Baiklah Ummi.”  Arza membetulkan bajunya. Dia senyum lagi. Teringat akan bingkai gambar yang sentiasa menjadi kesukaannya. Kali ini dia akan bersua dengan tuan yang di dalam gambar tersebut.
“Haa, sebelum ini aku bersihkan kau, hari ni aku boleh tengok kau live. Mesti hensem..ihihihihihih” Dia tersengih lagi. Berangan-rangan apa yang akan dia bualkan dengan Sharif nanti.

Bab 2
Perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa sejam, nampaknya akan memakan masa lebih daripada itu. Berpandukan program Waze, terdapat satu kemalangan yang melibatkan lori di hadapan. Berderet-deret kereta beratur di sepanjang kiri kanan lebuhraya KLIA.  Sharif yang baru sampai kelihatan tidak senang duduk dengan keadaan tersebut. Perbualannya dengan Ummi Hamidah juga tidak serancak mula.
“Lama lagi ke Ummi. Bosan lah kalau macam ni. Dah lah Aip penat, ni nak sambung pulak penat. Lapar pulak tu.” Sharif merengus.
“Ambil Quran dalam dashboard tu. Baca. Dari tadi Ummi dengar kamu mengeluh. Bingit juga telinga Ummi ni. Dah Waze kata ada accident, sabar aje lah. Bukan Ummi suka pun jem-jem ni. Nak cramp dah kaki ummi ni.”
“Tulah. Kalau Ummi bagi Aip bawak tadi, tak lah cramp kaki tu,”
“Bawak dengan apa? Lesen pun tak ada.”
Sharif kembali merengus. Dia cukup tak selesa dengan keadaan itu. Kenderaan lain juga nampak tak bergerak. Rimas. Tambahan telefon bimbitnya tiada bateri. Lagi bertambah bosan. Tentu berduyun-duyun mesej daripada buah hatinya di New York tu. Tak sabar nak membaca dan membalasnya.
Sharif sebenarnya belum mahu pulang lagi. Dia ingin pergi bercuti dengan Sherrie dan rakan-rakannya yang lain. Tetapi Ummi awal-awal sudah menempah tiket untuknya pulang. Dia cuba untuk menyembunyikan perihal cutinya daripada Ummi Hamidah, tetapi Ummi Hamidah nampaknya lebih arif mengenai calendar universitinya.
Senyum. Teringatkan kemanisan wajah Sherrie. Manja dan sedikit gedik. High maintenance dan bergaya. Itulah dia wanita yang berjaya menambat hatinya. Kurus, tinggi lampai dan anak seorang hartawan di Kelantan. Memang itu cita-citanya. Mengahwini wanita yang educated, berkerjaya, bergaya, trendsetter dan anak orang kaya-kaya. Mudah jika dia tak dapat kerja, boleh kerja di pejabat pak mentua! Memang sungguh kontra jika nak dibandingkan dengan keperibadian Umminya. Biarlah Ummi nak kata apa, bukan Ummi yang nak kahwin.
“Alhamdulillah. Dah ok agaknya.” Kereta Ummi Hamidah mula bergerak.
Suara Ummi meragut pergi lamunannya. Sharif kembali muncung melihat Umminya yang bersahaja.
“Ummi, malam ni kita makan kat luar ye?”
“Ummi dah masak. Nasi arab kegemaran Aip” ujar Ummi Hamidah serius.
Sekali lagi Sharif merengus. Dulu dia sangat menggemari Nasi Arab air tangan Ummi Hamidah, tapi semenjak dia mengenali Sherrie, tekaknya berubah ke menu-menu barat. Lama sudah dia tidak menyentuh nasi. Ahh..rindu Sherrie.
“Aip dah lama tak makan nasi. I’m on diet.” Sharif cuba untuk mencipta alasan.
“Diet? Hahahaha. Balik Malaysia kena makan nasi. No excuse.” Sekali lagi Ummi bertegas. Alasan Sharif tak menjadi.
Mood Ummi Hamidah Nampak sedikit goyah. Masih bersabar dengan perangai kebudak-budakan Sharif. Dia maklum tentang hubungan Sharif dengan Sherrie. Kerana itu jugalah dia membelikan tiket untuk Sharif pulang.
Sebelum ini Sharif menipunya dengan mengatakan dia sibuk dengan beberapa assignments sepanjang cuti. Ummi Hamidah akur dengan alasan Sharif. Tetapi selang beberapa hari, seorang lelaki menelefonnya. Diperkenalkan nama sebagai Datuk Nasa. Ayah kepada Sharidah @ Sherrie. Datuk Nasa meminta kerjasama Ummi Hamidah untuk sama-sama memantau pergerakan anak-anak mereka. Amarah Ummi Hamidah mula membara. Tak pernah diajar Sharif berbohong apatah lagi membawa ke hulu hilir anak gadis orang lain. Mujurlah Datuk Nasa seorang yang baik dan prihatin. Jika tidak, tentu membawa masalah kepada keluarga pula.
“Ummi, Aip ni dah besar tau. 26 tahun dah. Tak kan makan pun Ummi nak kawal?” Sharif mula tak senang dengan cara Ummi Hamidah.
“Ummi ni tetap Ummi Aip sampai bila-bila pun.” Ummi Hamidah menjawab ringkas. Dia malas hendak memulakan bebelannya sekarang. Dia mahu tunggu Sharif tenang, dan juga dirinya tenang. 
Toyota Prius memasuki halaman Villa Ummi . Pintu pagar telah dibuka awal-awal lagi oleh Arza. Elok sahaja kereta berhenti, Sharif terus keluar dan menghempas kereta lalu masuk ke rumah.
“Waalaikummusalam.” Arza bersuara.
“Kau siapa? Kalau orang gaji, pergi kat kereta, ambil beg aku.” Sharif menjeling. Wanita yang di hadapannya tampak seperti mahu sibuk-sibuk dan memerlinya kerana tidak memberi salam apabila memasuki rumah.
“Eh, kau ni siapa? Suka hati je suruh aku angkat beg kau” Arza cuba melawan walaupun dia maklum dengan lelaki yang berdiri di hadapannya.
Sharif mengerutkan dahinya. Melihatkan dari gaya pemakaian, wanita ini seperti orang gaji. Tak bergaya langsung.
“Aku tak kenal kau siapa. Tapi ni rumah aku. Kalau kau rasa nak kurang ajar, baik kau kelua….”
“Ja, nanti Ja tutup pagar ye. Lepas tu Ja berehatlah. Beg si jebon ni biar dia sendiri angkat. Ummi letih, jem teruk tadi. Kalau Ja lapar, Ja makanlah. Si Jebon ni diet, tak makan nasi.” Ummi Hamidah memotong kata-kata Sharif. Dia sedikit terasa dengan kelakuan Sharif dan juga cara Sharif melayan Arza. Hatinya sedih bila anak yang diasuh dengan kebaikan nampaknya sudah berubah semenjak mengenali seorang wanita.
Sharif sekali lagi merengus dan berlalu menaiki tangga menuju ke biliknya. Marah dan tidak puas hati. Sampai hati Ummi memanggilnya Jebon di hadapan orang gaji.
Arza melonjak suka di dalam hati. Padan muka kau! Berlagak sangat.
“Baiklah Ummi. Ummi nak Ja picit?”
“Tak payah Ja. Ummi nak solat dan tidur aje rasanya. Oh ye, kain-kain tu dah siap lipat? Nanti esok ajelah Ummi ambil.” Arza mengangguk-angguk tanda kerjanya sudah disiapkan.
“Nasi tu Ja simpan aje ye Ummi. Nanti esok sarapan kita makan.” Kata Arza sambil menekan remote auto gate Villa Ummi.
“Ye. Esok aje lah kita makan. Ummi naik dulu ye Ja. Kunci semua pintu rumah ye. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Horey! Mat Jebon dah terkena dengan Ummi Hamidah. Suka betu Arza bila Sharif dimarahi Ummi depannya tadi. Sebelum ini Arza membayangkan Sharif seorang yang lembut dan baik, rupanya sombong dan ego.
“Tapi muka hensem. Tak pelah, minat tetap minat, gaduh tetap gaduh. Hihihihi”
Arza memeriksa kesemua pintu dan tingkap. Banglo 3 tingkat milik Ummi mempunyai 4 pintu masuk. Depan, belakang, ruang meletak kereta dan juga di musolla. Bilik tidur ada 10. Memang jenuh nak periksa. Tapi sebabkan Ummi Hamidah dan dia sahaja yang tinggal dalam rumah tu, hanya beberapa tingkap sahaja yang dibuka. Tingkap dan pintu di Musolla juga hanya dibuka bila bulan Ramadhan. Ummi selalunya akan menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat tarawih di rumahnya setiap hari.
Dia terpandangkan penyedut hampagas betul-betul terletak di hadapan pintu bilik Sharif. Macam mana vakum boleh ada di hadapan bilik Mat Jebon? Serasanya dia telah menyimpannya di dalam stor selepas mengemas ruang makan petang tadi.
“Aku nak kau vakum bilik aku sekarang. Bukan main manja lagi kau dengan mak aku ye.” Sharif tiba-tiba muncul dari dalam kamarnya, mencekak pinggang.
Permintaan yang kurang sopan. Tengah-tengah malam disuruh vakum bilik dia!
“Maaf lah ye. Ummi tak suruh. Saya ni kerja dengan Ummi, bila Ummi suruh baru saya buat.”
“Oh, menjawab ye. Kau ni memang sepsis tak sedar diri kan.” Sharif membeliakkan matanya.
“Kalau En. Jebon rasa berhabuk, En. Jebon boleh pilih mana-mana bilik yang bersih dulu. Esok pagi, saya tolong vakumkan kembali.” Rasa menyampah Arza mula meluap-luap. Bilik Sharif telah dibersihkan petang tadi. Nampaknya Sharif cuba mencipta suasana tegang antara mereka.
“Kau ni memang kurang ajar ye? Sapa En.Jebon?” Sharif mula hilang sabar. Penumbuk mula digenggam.
“Enciklah. Tadikan Ummi panggi Mat Jebon…” Arza perasan dengan penumbuk yang sudah dikepal oleh Sharif. Dia cuba untuk bertenang dan memikirkan sesuatu jika dia diserang. Dicapainya batang vakum dan mengacukannya tepat di hadapan muka Sharif.
“En. Jebon jangan cuba nak carik kecoh malam-malam buta ni ye. Saya ni ada black belt.”
Sharif ketawa berdekah-dekah. Lucu dirasakan bila Arza berkata sedemikian. Masakan wanita seperti Arza ada ilmu mempertahankan diri.
“Aku ni cakap dengan kau, sama macam aku cakap dengan orang gila. Macam mana lah mak aku boleh jumpa kau.”
Arza terkedu. Pertama kali dia diperkata sedemikian. Tak tersangka perkataan sebegitu keluar daripada mulut seorang yang sangat dia suka. Arza sentiasa berangan-angan mahu mengenali Sharif. Setiap hari bingkai-bingkai gambar Sharif digilap dengan harapan. Ummi Hamidah juga selalu bercerita tentang kebaikan Sharif dan bagaimana Sharif dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Apa yang baru dilaluinya terlalu bercanggah dengan cerita-cerita Ummi Hamidah. 
Arza menghentikan lamunannya. Dia menangkat vakum dan berlalu dari situ. Sebelum itu,
“Lain kali, kalau dah tau orang gila, vakum sendiri ye. Orang gila tak pandai vakum.”
“Ada aku kisah?” Sharif tersenyum sinis. dia merasakan dia telah menang apabila berjaya membuatkan Arza berlalu tanpa mengeluarkan ayat-ayat yang buat hatinya sakit. 

Bab 3.
Arza termenung. Memandang siling biliknya. Bilik yang agak luas dan cantik buat seorang pembantu. Ummi Hamidah menempatkannya di dalam bilik tetamu, bukan di bilik yang pernah diduduki oleh pembantu-pembantu lain sebelumnya. Bilik Arza terletak di antara dengan bilik membaca dan juga musolla. Arza tak merasakan diri dia seperti pembantu apabila dilayan sebegitu baik oleh Ummi Hamidah.
“Anak ni dari mana? Ummi tak pernah Nampak kat sini?”
“Saya sebenarnya dari kampong, tak tahu nak kemana. Tumpang solat dan berehat di sini.”
“Tak tahu nak kemana?”
“Sebenarnya, mak cik..”
“Panggil Ummi.”
“Sebenarnya Ummi, saya ni lari dari rumah. Sekarang tak tahu hala tuju. Saya takut. Tu yang duduk di surau ni.”
“Oh. Surau ni jemaahnya tak benarkan sesiapa tidur. Mari ikut Ummi pulang. Ummi pun duduk sorang aje.”
“Eh, taka pa lah Ummi. Saya cuba cari rumah kawan-kawan saya dulu.”
“Mari, cari kemudian. Dah malam dah pun. Anak ni perempuan. Bahaya.” Ummi menarik tangannya. Arza hanya mampu menurut. Walau terselit rasa lega, dia tetap risau jika Ummi Hamidah mempunyai niat yang tidak baik.
“Masuklah. Nanti Ummi ambilkan pakaian ganti. Arza mandi dan bersalin. Kita dinner bersama.”
UmmiHamidah menunjukkan bilik untuk Arza berehat. Besar, cantik bisik hatinya.
Dia melabuhkan punggung di atas katil. Empuk. Besar betul rumah orang tua ni.
Bagaimana Arza bertemu dengan Ummi Hamidah menggamit kenangan. Ummi Hamidah terlalu baik. Air matanya diseka. Rindu pada mak dan adik-adik. Tapi untuk dia terus tinggal di kampong mungkin belum sesuai lagi masa ini. Dia masih lagi takut dengan bapak. Diatahu bapak kecewa dengannya. Tapi dia tidak dapat menerima apa yang ingin bapak lakukan pada hidupnya.
“Kenapa Arza lari dari rumah?” Ummi Hamidah bertanya lembut.
Arza sudah dapat mengagak, lambat laun Ummi Hamidah akan bertanyakan juga hal ini. Dia menarik nafas panjang dan merenung nasi yang terhidang di hadapannya. Air mata mengalir lagi.
“Kalau Arza belum bersedia nak cerita, tak payah dulu. Kemudian aje.”
“Ummi, sebenarnya Ja terpaksa. Ja tak nak, tapi Ja tak dapat nak terima apa yang bapak Ja nak buat…”
“Kenapa dengan bapak Ja?” Ummi Hamidah sudah membayang perkara yang bukan-bukan.
“Bapak nak Ja kahwin dengan kawan dia. Jadi isteri nombor 4…” Arza tak sanggup untuk menyambungnya. Dia terngiang-ngiang bagaimana bapak memaksanya untuk berkahwin dengan Dollah Kaya yang sangat terkenal di kampungnya. Dollah Kaya sudah mempunyai 3 isteri dan bapaknya memaksa Arza untuk menjadi isteri keempat Dollah Kaya untuk melangsaikan hutang.
“Sabarlah Ja. Allah nak menguji kita sejauh mana kesabaran kita. Mak macam mana?”
“Mak Ja sakit, Ummi. Mak tak daya nak berkata apa-apa. Tapi Ja tahu dia tak setuju. Dia juga yang beri idea supaya Ja lari. Ja sebenarnya tak sanggup nak tinggalkan dia. Tapi Ja terpaksa.” Arza tak mampu hendak meneruskan makan. Dia terlalu rindukan mak.
Arza terus terlelap dengan air mata yang bersisa. Gambar mak masih kemas dipegang. Lampu masih lagi terpasang. Biarlah lenanya dia bersama kenangan sedih itu. Agar bangunnya hilang segala duka.
  
Bab 4
Arza bangun lebih awal daripada selalu. Dia teringat akan pesanan Ummi Hamidah agar tidak meninggalkan tahajjud. Selesai bertahajjud, dia keluar dari bilik dan mencari Ummi Hamidah. Selalunya mereka berdua akan bersama-sama ke masjid untuk solat Subuh.
Sebelum itu Arza ke dapur. Dia teringat akan pesan Ummi Hamidah untuk memanaskan lauk-pauk yang ada untuk sarapan pagi.
“Lebih baik aku keluarkan dulu. Nanti balik dari masjid, panaskan.”
Arza membuka lampu di dapur.
“Astaghfirullah!!”
Arza berlari-lari menaiki tangga menuju ke bilik Ummi Hamidah. Diketuknya pintu bilik dengan kuat.
“Kenapa Ja? Ummi dah siap ni, lambat lagi subuh kan?”
“Ummi, dapur..dapur…” ujar Arza termengah-mengah.
“Kenapa ni?” Ummi Hamidah cuba mengurut-ngurut belakang Arza. Arza kelihatan panic. Mungkin ada sesuatu yang menakutkannya berlaku.
Arza menarik nafas panjang. Dia takut dan terkejut. Perasaan yang tak dapat diluahkan.

“Dapur bersepah Ummi. Semalam Ja dah kemas. Tadi Ja ke dapur nak keluarkan nasi yang Ummi masak semalam, sekali, betul-betul bersepah.”
“WOI! Aku nak tidurlah cik gila!” Sharif keluar dari biliknya sambil menggosok-gosok mata. Bingit dan riuh yang didengar amat mengganggu tidurnya. Tambahan dengan keletihan di atas kapal terbang semalam membuatkan dia berasa tidak selesa.
“Aip!! Kenapa melampau sangat bahasa ni?” Ummi Hamidah nampaknya kurang sabar dengan perangai Sharif yang kurang sopan.
Arza cepat-cepat turun. Dia malas untuk mendengar bebelan Ummi Hamidah, apatahlagi berdepan dengan Sharif. Dia terus menuju ke dapur dan berhajat untuk membersihkan dan mengemas dapur. Masa berbaki setengah jam sebelum Subuh, rasanya masih sempat untuk dia menyalin bekas-bekas makanan yang masih elok.
Pinggan mangkuk yang terberabur di atas meja diletakkan di dalam sinki. Dia mencium-cium bau-bau makanan yang berbaki di dalam bekas. Nasi dan lauk ayam yang masih elok dipanaskan menggunakan kuali. Acar timun yang kurang enak baunya dibuang sahaja. Sambal tomato juga terpaksa dibuang kerana sudah berbuih. Arza juga mengelap meja yang penuh dengan tumpahan sambal dan kuah ayam. Mop juga disediakan untuk mengelap lantai. Sedang dia mengelap lantai, dia terpandang satu objek. Arza macam pernah perasan objek tersebut. Tetapi dia tak ingat di mana dia melihatnya.
Kecil, nipis dan berwarna putih. Ada skrin dan juga sebiji butang berserta dengan earphone. Ini mungkin walkman zaman sekarang. Dulu-dulu besar bagak, sekarang comel dan nipis. Nampak stylo.
Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Ya. Benda ini lah yang terlekat kat telinga Mat Jebon semalam. Semasa dia disuruh membersihkan bilik. Sah! Mesti Mat Jebon punya kerja. Tiba-tiba dia tergelak, agak kuat.
“Haa, kan betul  Aip kata. Orang gaji Ummi ni gila!” Sharif muncul dari belakangnya. Mat Jebon ni selalu buat orang terkejut tau!.
“Ummi, Ja dah tau sapa punya kerja. Perangai macam musang!” Arza menjeling apabila melihat Sharif memandangnya. Dia pun mengeluarkan benda yang dijumpainya. Sharif nampak terkejut.
Ummi Hamidah tersenyum. Dia dapat mengagak Sharif yang menyelongkar makanan. Mahu tak lapar. Daripada pukul 4 petang tak makan, tentulah lapar tahap maksima. Ummi Hamidah kemudiannya mengambil benda tersebut dan memberikannya kepada Sharif.
“Orang kalau lapar, minta elok-elok. Sepah-sepah macam ni memang perangai macam musang. Ambil balik i-pod ni. Pergi mandi, solat Subuh.”
Sharif tersipu-sipu, namun dia mengawal memek mukanya di hadapan Arza.Meluat. Makin sakit hatinya kepada Arza. Nantilah kau. Tunggu satu hari nanti. Dia sempat menunjukkan penumbuknya sebelum berlalu. Arza ketawa geli hati.
Azan Subuh pun berkumandang. Ummi Hamidah memberikan kunci keretanya kepada Arza. Selalu, waktu Subuh, Ummi Hamidah akan membenarkan Arza memandu keretanya ke surau.Pada mulanya Arza tidak mahu tetapi Ummi Hamidah berkata, jika lama-lama tidak memandu, kalau ada kecemasan, susah. Arza turutkan sahaja. Dia tahu yang Ummi Hamidah seorang ibu yang baik dan sentiasa mahukan yang terbaik, terutamanya buat orang-orang yang disayang.
Angin bertiup sejuk. Kemungkinan hujan akan turun di waktu pagi. Arza cepat-cepat kembali ke kereta untuk mengambil payung.
“Kalau hujan senang skit. Tak payah lah aku meredah..”
Ummi Hamidah yang melihatnya dari jauh tersenyum. Arza semakin cekap. Dia suka dengan Arza. Seorang gadis yang happy go lucky, kelam kabut dan kelakar, walaupun kadanag-kadang menguji kesabarannya, terutamanya berkenaan dengan siri sinetron di TV.    




BAB 5

Gambar Mak ditenung. Air mata bertakung, menuggu gugur. Semilir angin yang bertiup sejuk di kolam renang Villa Ummi membawa jauh Arza ke kampung. Apa khabar Mak, Bapak dan adik-adik. Air di kolam renang Ummi Hamidah yang tenang selalu membawa Arza ke kampung. Dia teringatkan pondok yang terletak tepi sungai. Tempat yang amat disukai untuk belajar dan menyiapkan kerja sekolah, juga tempat untuk dia mengajar adik-adik membuat kerja sekolah.
Seketika ingatan terbang ke rakan-rakannya. Chot, Mika, Sam dan Nik. Apa khabar mereka. Chot dan Sam khabarnya berada di Kota London. Masing-masing sedang menghabiskan sisa-sisa PhD mereka. Sam dah punya anak 2, kembar. Nik? Ye, Nik. Lama betul tak mendengar beritanya. Arza segera bangun. Kembali ke biliknya, mencari-cari buku nota kecilnya dan mengambil telefon bimbit yang dihadiahkan oleh Ummi Hamidah.
Dia segera membelek-belek buku nota kecil itu. Terpampang nombor telefon Nik di salah satu helaian. Dia segera mendail. Ada nada.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Suara wanita kedengaran.
“Boleh saya tanya, ini nombor Nik ke? Nik Nazrul Nik Noh?”
“Awak ni siapa?”
“Oh, saya Ja. Kawan sekolah Nik dulu. Saya terjumpa nombor Nik, nak make sure aje Nik masih guna nombor ni ke tak?”
“Awak baik cakap betul-betul. Awak ni perempuan simpanan Nik ye? Yang selalu menggatal tu ye?”
“Eh tak lah. Nak buat apa gatal-gatal. Dia tu memang kawan saya. Boleh ke saya nak cakap dengan dia kejap?”
“Sekejap” Wanita itu mungkin isteri Nik. Dah kahwin rupanya, sampai hati Nik tak beritahu dia. Mungkin juga Nik sudah lupakannya atau pun Nik tak dapat sampaikan jemputan sebab dia lari dari kampung tempoh hari.
“Hello. Who’s on the line?”
“Nik! Akulah! Ja..Lea Arza” cerah mata Arza. Dia semenagnya mengenali sura itu. Nik! Nik memang selalu berbahasa inggeris. Dan Arza banyak belajar tentang bahasa itu melalui Nik. Datuk Nik di sebelah ibunya adalah seorang Mat Saleh.
“Woit! Ja! Apa kes?? Lama tak dengar khabar!” jawab Nik ramah.
Mereka berbual agak lama. Rindu kepada keluarga dapat dilupakan seketika. Mendengar suara Nik dan ceritanya cukup membuatkannya bahagia. Nik sudah menjadi pensyarah di salah sebuah Universiti terkemuka. Nik juga telah memberitahunya yang Sam dan Mika sedang menunggu masa untuk pulang. Masing-masing dengan cerita masing-masing. Nik juga bercerita yang Sam sedang mengandungkan anak kedua mereka. Dikatakan kembar juga. Chot atau Khalijah bernikah dengan seorang Mat Saleh semasa belajar di sana. Nampaknya masing-masing berjaya dengan plan masing-masing, kecuali dirinya.
Wanita yang mengangkat telefon tadi bukanlah isterinya. Tetapi salah seorang wanita yang meminatinya. Nik kata dia lemas dengan wanita-wanita yang meminatinya. Rasa terkongkong. Nak bercuti pun susah, sehingga sampai tahap nak ke tandas pun perlu minta izin. Macam-macam kes. Arza tergelak kuat mendengar celoteh Nik. Memang Nik spesis lelaki yang boleh tahan kacaknya. Ibunya berdarah Inggeris. Ayahnya pula orang Terengganu yang pernah bermastautin di Kota London sebelum pulang bekerja di Kedah. Masa kecil-kecil dulu, Arza juga pernah menaruh perasaan pada Nik. Siapa yang tak minat dengan lelaki yang ala-ala Mat Saleh, ye tak?sebelum menamatkan panggilan, mereka berjanji ingin berjumpa hujung minggu nanti. Nik akan menjemput Arza di kediaman Ummi Hamidah.
 Habis berbual dengan Nik, ingatannya kembali pada Mak. Mak yang dirinduinya. Apa khabar lah Mak sekarang. Arza masih belum mampu untuk bertanya khabar ibunya. Masih takut jika Bapak dapat hidu dimana dia tinggal. Mesti Ayah akan paksa dia pulang. Termenung dan akhirnya Arza tertidur.

Bab 6
Pintu biliknya diketuk kuat. Arza masih belum membuka mata. Kalut Ummi Hamidah mencari kunci pendua untuk membuka pintu bilik Arza. Runsing jika ada sesuatu yang buruk berlaku. Pintu balik Sharif juga diketuk berkali-kali. Sharif dengan muka yang nampaknya tak senang apabila dikejut terpaksa juga menurut kata ummi. Nak tak nak kena juga turut sama mengetuk pintu bilik Arza sementara ummi mencari kunci pendua.
“Bangun lah cik gila! Kau ni memang suka menyusahkan orang kan!!” Sharif berkata sambil mengetuk.
Masih tiada jawapan daripada Arza.
Ummi kemudiannya dapat menemui kunci pendua. Membuka pintu bilik Arza dengan gopoh. Panic telah menyerang ummi. Arza tak pernah sebegini. Selalunya Arza lah yang mengejutkannya setiap pagi.
“Ya Allah! Ja..Ja” Ummi Hamidah menggoyang-goyangkan tubuh Arza yang meniarap di atas katil. Badannya panas. Mukanya pun Nampak kemerahan. Mungkin kerana bahang panas dari dalam tubuhnya. Ummi cepat-cepat menyarungkan tudung di kepala Arza dan kemudiannya memanggil Sharif untuk membantunya mengangkat Arza.
“Ish. Tak nak lah ummi. Ummi panggil aje lah doktor datang sini. Tak pun tunggu je, kejap lagi dia sedar lah.” Sharif menolak permintaan Ummi Hamidah. Dia merasakan yang Arza hanya berpura-pura untuk menutup malu kerana bangun lewat. Padan muka! Daulat lah tu!!
“Aip! Ummi nak Aip bawak Ja masuk kereta sekarang. Ummi ambil kunci kereta dan kuncikan rumah. Sekarang!!” Ummi Hamidah bercekak pinggang dan membesarkan matanya. Sharif merengus kuat dan terpaksa menurut.
Tubuh Arza diangkat.
“Nasib baik kurus. Kalau gedempol, tak kuasa aku nak angkat.” Bisik hatinya.
Selesai mendukung Arza ke dalam kereta, Sharif menghidupkan enjin. Ummi Hamidah cuba merenjis-renjis air ke muka Arza, tetapi masih tidak sedar.
“Agaknya kenapalah dengan Ja ni ye Aip? Panas betul. Ummi takut denggi aje. Kesiannya dia.”
“Tu namanya kifarah sebab melawan tuan rumah. Dahl ah panggil Aip, Jebon. Padan muka!”
“Apsal dengan Aip ye? Ummi tak pernah ajar Aip cakap kasar-kasar. Sherrie ke yang ajar Aip?”
Tersedak!
Sharif tiba-tiba terbatuk mendengar nama Sherrie disebut. Ummi sudah tahu?  Macam mana Ummi boleh tahu? Siapa yang beritahu?
“Aip jangan ingat ummi tak tahu apa yang Aip dan Sherrie buat kat sana. Ummi tahu setiap pergerakan Aip. Sebab tu Ummi beli tiket balik sini, ummi tak nak Aip buat maksiat!”
Sharif senyap. Dia tak mampu untuk membalas kata-kata Ummi. Kena tunggu Ummi bertenang dahulu. Dia memang mahu kembali ke New York secepat mungkin. Cuma, keadaan sekarang nampaknya tidak sesuai untuk dia berbuat sebegitu.
Semalam Sherrie menangis semasa menelefonnya. Sherrie sangat merinduinya. Dia tak sanggup mendengar tangisan Sherrie. Dia telah berjanji dengan Sherrie untuk kembali ke New York minggu hadapan dan meneruskan percutian berdua bersama Sherrie. Mereka telah menempah tiket untuk ke beberapa tempat percutian menarik di Amerika termasuk Niagara Falls. Mujur kebanyakan tempahan berdasarkan “open date” polisi. Jika tidak, tentu hangus ribuan dolar.
“Cepatlah bukak pintu ni. Kan dah sampai” Ummi Hamidah mengejutkan lamunannya. Dia sendiri tidak meneydari yang mereka telah sampai di hadapan pintu masuk kecemasan Hospital Damai.
Seorang atendan telah membawa sebuah katil sorong untuk membawa Arza terus ke bilik kecemasan untuk dirawat. Arza masih tidak sedar. Ummi Hamidah bertambah kaget.
“Encik tunggu di luar dahulu ye. Kami akan memeriksa isteri encik.” Atendan tersebut berkata. Sharif mengerut keningnya. Isteri??
Ummi Hamidah duduk berteleku. Masih runsing memikirkan apa yang berlaku kepada Arza. Dia kemudiannya memandang kepada Sharif. Merenung muka anak lelakinya. Apakah mungkin yang berlaku pada Arza ada kaitan dengan Sharif. Ummi Hamidah bangun dan mendekati Sharif. Memegang bahu anak bujangnya dan kemudiannya mencengkam.
“Apa ni Ummi? Sakitlah.” Sharif cuba mengelak.
“Aip cakap betul dengan Ummi. Aip tak de kacau Ja kan?”
“Aip tak kuasa nak usik cik gila tu Ummi. Banyak kerja lain Aip boleh buat.” Sharif mengkalihkan bahunya dari terus dipicit Ummi Hamidah.
Ummi Hamidah masih tak berpuas hati dengan jawapan Sharif, tetapi dia melepaskan pegangannya. Dia cuba untuk mengingatkan jika ada apa-apa yang pernah Arza pesan padanya tentang alahan ubatan atau makanan. Rasanya memang tiada langsung. Arza tak pernah tolak apa yang dihidang atau diberi. Arza juga jarang mengambil ubat-ubatan dan dia memang selalunya sihat dan bertenaga. Sekejap Ummi Hamidah duduk, sekejap dia berdiri.
Sharif hanya memerhati tingkah laku Ummi Hamidah tanpa banyak soal. Dia sibuk melayan telefon dan ber’whatsapp’ dengan Sherrie. Dibiarkan Ummi Hamidah sendirian melayan kerunsingan tentang orang gaji gila kesayangannya.
“Encik, nampaknya isteri Encik dah sedar.”
“Dia tu bukan…”
“Boleh kami masuk Doktor?” Ummi Hamidah menyampuk.
“Silakan.”
Ummi Hamidah masuk dengan tergesa-gesa. Duduk di sebelah Arza dan memegang tangannya.
“Ja macam mana? Apsal pengsan?”
“Ja ok je Ummi.”
“Dia mengalami tekanan darah yang agak rendah. Kurang makan, kurang rehat mungkin.” Doktor memberikan sedikit penerangan.
“Ja diet ke?” Ummi bertanya. Sharif tergelak kecil.
“Mana ada. Ja nak diet buat apa, Ja kan kurus. Yang patut diet tu Mat Jebon tu!”  kata Arza sambil memuncungkan mulutnya kepada Sharif.
Sharif membesarkan matanya. Arza masih sempat mengenakannya di saat itu. Di saat yang dia tak boleh nak membalas.


BAB 7
“Ummi tak payah tunggu Ja tau. Ja nak dating ni.” Sengaja dia menguatkan perkataan DATING kerana Sharif ada berdekatan dengannya.
Ummi Hamidah mengangguk-angguk. Dia suka melihat Arza mempunyai kawan. Sharif yang berpura-pura membaca surat khabar menjeling Arza dan Nik dari jauh.
“Nak jelling apa?”
“Mana ada. Ummi ni pandai-pandai aje.”
“Eleh. Baca surat khabar terbalik, lagi tak mau mengaku!”  Ummi berkata seraya berlalu dari situ. Sharif cepat-cepat membetulkan surat khabar yang berada di tangannya. Serentak dengan itu telefonnya berbunyi. Dia cepat-cepat keluar kea rah kolam renang. Mengambil tempat di sebalik pokok-pokok orked kesayangan Ummi Hamidah.
“Yes darl. Missed me already?”
“Babyyyyy. Missed you so dearly. But jangan risau. I’m coming home. Daddy I beli tiket balik Malaysia. You please cari jalan kita boleh jumpa. I can’t live without you!”
“Seriously? Aduhai. Ni yang buat I lagi rindu kat you. Nevermind. I akan fikirkan jalan. You lepak KL dulu dalam seminggu, can?”
“Okeh. I’ll tell Daddy. Kalau dia tak bagi I lepak KL, I x nak balik.”
“Deal!!”
Ummi menghendap Sharif dari dalam rumah. Nampaknya rancangannya bersama Datuk menjadi. Datuk akan datang ke Kuala Lumpur bersama Datin. Mereka akan berjumpa sebelum Sherrie sampai di tanah air untuk berbincang mengenai hubungan anak-anak mereka.
Ummi Hamidah berpura-pura membelek-belek surat khabar yang diletakkan oleh Sharif tadi apabila nampak kelibat Sharif datang.
“Senyum apa Ummi baca paper tu?”
“Mesti makwe.”
“Friend of mine. From US.”
“Lelaki ke perempuan?”
“Dah Ummi kata makwe tadikan. Mestilah perempuan.”
“Sherrie?” Sharif tersentap. Cuba mengawal ekspresi wajahnya.
“Ha, ni yang Aip nak cakap dengan Ummi. Hari tu kan Aip kata Aip banyak assignment. Jadi, dia tu lah tadi groupmate Aip. Nak mintak Aip hantar part yang Aip kena buat.”
“Klentong pun lain kali kena pandai. Assignment apa? Cuba Aip cerita dengan Ummi. Apa nama lecturer yang bagi assignment masa summer holiday tu? Aip dok US tu, Aip pi toilet pukul berapa pun Ummi tau. Jangan lah nak klentong.”
Ummi Hamidah bangun. Meletakkan akhbar tadi di atas meja dan melangkah menuju ke dapur. Sharif kembali duduk di tempatnya sebelum itu. Termenung mengingatkan apa yang dibebel oleh Ummi Hamidah. Memang dia tidak mempunyai apa-apa assignment. Dia merancang untuk menghabiskan cuti bersama-sama dengan Sherrie, kekasih hatinya yang kaya raya itu.
Apakah Ummi Hamidah sudah mengetahui perhubungan mereka? Atau memang Ummi Hamidah saja serkap jarang, silap-silap haribulan dia sendiri terlepas cakap dan Ummi kemudiannya tak akan beri dia sambung belajar di US.
Sharif menggaru kepalanya dan kemudiannya bangun. Mencapai telefon dan menghantar mesej ke Jaden, kawan sekolahnya yang juga sama-sama menuntut di US Cuma berlainan universiti. Mereka kebetulan bertemu di dalam kapal terbang semasa pulang ke Malaysia tempoh hari.
“What’s up bro?”
“Lunch?”
“Where to?”
“I’ll fetch you and later you pick the place?”
“Ok bro. 1pm ok?”
“Deal”
Sharif menaiki anak tangga dengan laju. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Sejam untuk dirinya bersiap. Rumah Jaden tidaklah jauh, cuma dia ingin memperuntukkan lebih masanya di dalam bilik bermesej dengan Sherrie sebelum Umi Hamidah memanggilnya untuk membuat kerja-kerja rumah.
Tiba-tiba dia teringatkan Arza. Leia Arza yang sangat menjengkelkannya. Rasa sunyi pula bila tak bergaduh dengan Mak Jemah tu. Kalau tidak, mesti banyak idea yang perlu diperah untuk dia menyakat Arza. Sharif melihat keliling. Dia turun kembali dan mencuri masuk bilik Azra.
Klik.
Tak berkunci. Bibirnya senyum nakal. Sharif cepat-cepat masuk sebelum Ummi Hamidah perasan akan tindakannya.
“Giler kemas bilik Mak Jemah ni. Apa yang aku nak buat ye. Idea, cepatlah datang.” Sharif berkata dengan dirinya sendiri.
Sharif cuba membuka almari pakaian Arza. Baju-baju tersusun kemas, Baju kurungnya juga disangkut kemas dengan penyangkut baju yang sama warna. Mata Sharif masih mencari sesuatu yang dia perlukan untuk mengenakan Arza.  Sharif tak berani mengusik baju-baju yang tersusun kemas seperti pembaris, tentu Arza tahu ada orang yang menyelongkar almarinya. Sharif kemudiannya pergi ke meja tulis. Dahulunya meja tulis itu adalah miliknya. Setelah Ummi menukar keseluruhan perabot biliknya, meja tulis itu di bawa turun ke bilik tetamu.
Perlahan laci meja dibuka. Sebuah fail berwarna hitam memikat mata Sharif untuk membukanya.
“What!! Dia ada masters!!” Sharif terjerit. Cepat-cepat dia menutup mulutnya. Matanya terbeliak. Kemudiannya dia tersenyum lebar.  Sharif membawa keluar telefon dari poket seluarnya dan mengambil gambar sijil Pasca Ijazah milik Arza. Dia kemudiannya menyimpan kembali fail tersebut dan keluar dari bilik Arza. Mujur tidak terserempak dengan Ummi Hamidah.
Sharif tersenyum puas dengan apa yang dia dapat sebentar tadi walaupun hatinya tak percaya dengan apa yang dijumpainya itu. Seorang orang gaji yang biasa-biasa macam tu memiliki masters sedang dia masih lagi belum mendapat segulung ijazah pun.


BAB 8
Azan Subuh berkumandang. Arza dan Ummi Hamidah sudah lebih setengah jam berada di Masjid Al Huda. Arza mengambil kesempatan mengkhatamkan Al Quran pada masa itu. Dia gembira kerana semenjak dia tinggal dengan Ummi Hamidah, dia akan khatam Al Quran dua bulan sekali jika hendak dibandingkan zaman belajarnya dahulu yang jarang-jarang pegang Al Quran.
Ummi Hamidah tersenyum dari jauh. Dia juga gembira dengan kehadiran Arza. Sekurang-kurangnya terlepas rindunya pada Shafiza dan Shafira yang bekerja di luar negara. Mereka berbeza 11 bulan. Shafiza lahir bulan Januari, Shafira lahir pada bulan Disember pada tahun yang sama.  Anak-anak perempuan  Ummi Hamidah tinggal di bumi asing setelah masing-masing mendirikan rumahtangga dengan lelaki tempatan. Shafiza dan Shafira berkahwin dengan sepasang kembar mat saleh yang selalu menjadi imam di universiti tempat mereka belajar dahulu  dan terus menetap di kota London. Shafiza mempunyai 3 orang anak lelaki dan Shafira dikurniakan sepasang kembar perempuan. Sharif anak bongsu Ummi Hamidah yang berlainan sikapnya. Shafiza dan Shafira lebih kepada ilmu agama, manakala Sharif gemar bersosial dan berkawan. Perangai Sharif sememangnya memeningkan kepala Ummi Hamidah dan kerana itulah dia cuba mengawal kehidupan Sharif supaya tidak tersasar.
“Ummi. Cepatlah. Orang dah nak solat ni”
Arza mengejutkannya dari lamunan. Terkocoh-kocoh Ummi Hamidah bangun dan membetulkan telekungnya kemudian berbaris bersama saf Muslimah. Kesemua yang berada di situ meletakkan rasa khusyuk menghadap Allah SWT.
“Ummi termenung apa tadi?” Soal Arza seusai mengaminkan doa imam.
“Ummi teringatkan Fiza dan Fira. Dah 2 tahun tak balik Malaysia.”
“La, apa susah. Ummi kan kaya. Ummi pergi lah sana. Kalau nak suruh diaorg balik, mesti susah nak angkut ramai-ramai.” Arza berkata selamba.
“Betul juga. Ja ikut Ummi ye.” Ummi memegang tangan Arza. Berbunga riang hati Arza ketika itu. Tak tersangka Ummi akan mempelawanya ke kota impiannya selama ini. Namun, tiba-tiba Arza teringatkan sesuatu, memuncungkan mulutnya.
“Ja mana ada duit Ummi. Nanti kalau pergi sana, mesti nak shopping-shopping, nak makan-makan, nak beli-beli hadiah lah…”
“Alah, nanti Ummi sponsor lah. Yang penting, duit gaji nanti, pegi buat paspot. Yang lain-lain Ummi bagi. Ok?”
Arza tersengih. Membesarkan matanya dan memeluk Ummi Hamidah erat. Ummi Hamidah ketawa dengan tindakan spontan Arza.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Paparan mesej baru masuk diterimanya. Ummi Hamidah kemudiannya bangun bersalaman dengan jemaah muslimat lain. Arza masih duduk sambilmembuka mesej yang baru diterimanya.
“Aku tau kau ada masters. Kalau kau tak tolong aku kali ni, aku akan bocorkan rahsia kau dekat Ummi! – Mat Jebon”
Mata Arza terbeliak. Mana Mat Jebon tau dia ada masters.
“Arghh. Aku tak boleh biarkan mamat ni ugut aku! Aku mesti cari jalan.” Arza berbisik perlahan dan kemudiannya bangun dan mendapatkan Ummi Hamidah.

“Ja, nanti singgah kat Restoran Bonda. Ummi nak beli kuih keria. Sharif suka kuih keria.”

“Ok Ummi. Ja malas nak pergi lah Ummi. Ja pakai telekung sahaja ni. Sebarai-serabai nak ambil kuih nanti.”
“Tak apa. Ummi nak pergi sendiri. Lagipun lama tak jumpa dengan bonda tu.”
“Set!”
Arza mencapai telefonnya. Menaip sesuatu di peranti itu.
“Aku tak takut dengan ugutan kau dan aku tak takut kalau Ummi tau aku ada masters. Tapi kau yang perlu takut, sebab aku akan bagi tau Ummi yang kau ceroboh bilik aku. Ada berani?” Arza membalas mesej Sharif.
Sharif mencapai telefonnya. Dia membaca mesej Arza dan kemudian membalasnya.
“Itu mak aku. Dia tak akan nak buang anak dia. Kau berani, kau cuba!” Sharif membalas dengan tersengih sendirian.    
“Kau tunggu kami balik nanti. Aku tak jamin Ummi akan diam.” Arza membalas dan kemudiannya ketawa berdekah-dekah sendirian.
“Kenapa ni Ja? Ketawa kuat-kuat?” Tiba-tiba Ummi Hamidah membuka pintu kereta tanpda disedari oleh Arza.
“Hihihi. Tak ada apa-apa Ummi. Gelihati baca sms kawan.”
“Jangan banyak ketawa. Hati nanti mati.” Ummi Hamidah menasihatinya.
Arza mengangguk dan memulakan perjalanan pulang.
Sesampainya mereka di perkarangan rumah Ummi Hamidah, Arza membuka bicara.
“Ummi. Ja nak bagi tahu Ummi satu rahsia. Ummi jangan marah tau.”
“Ummi nak marah apa, cuba bagi tau dulu.”
“Sebenarnya Ja ada masters. Tapi sebab hari tu Ja lari dari rumah, Ja tak further study. Tapi, tadi bila Ummi sebut nak bawak Ja tour London tu, teringin pulak Ja nak jalan-jalan kat universiti-universiti yang ada kat sana. Kak Fira lecturer kan?”
“Masya Allah. Ummi dah agak. Ja ni bukan sembarangan. Mesti berpendidikan tinggi. Bagus Ja, sambung study. Boleh jadi lecturer. Ummi suka betul kalau Ja jadi lecturer.”
Ummi Hamidah menepuk-nepuk bahu Arza. Sharif perlu bekerja lebih keras jika mahu mengenakan Arza kerana nampaknya Arza telah memenangi hati Ummi Hamidah terlebih dahulu.
Arza nampak kelibat Sharif di muka pintu. Dia perlu lebih bijak mengatur strategi supaya tidak mudah diperlekehkan oleh Sharif yang menganggapnya gila dan bodoh.
“Aku ada masters, dia degree pun tak lepas-lepas. So, aku perlu lebih pro.” Biasik hati Arza.
Arza mengambil bungkusan di tangan Ummi dan berjalan beriringan dengan Ummi Hamidah. Menunggu apakah yang akan Sharif katakana selepas mereka sampai di muka pintu nanti.
Sharif kelihatan tersenyum dari jauh. Dia tak sabar nak membuka rahsia Arza. Dia rasa dia akan menang kali ini. Hatinya melonjak gembira.
“Ummi beli apa tu?”
“Yang kamu ni kenapa tak pergi solat kat masjid? Tak malu ke lelaki tak solat kat masjid? Apa nak jadi ni Aip oi! Tau tanya nak makan aje.” Ummi Hamidah memulakan sesi tazkirah pagi buat anak bujangnya.
“Ummi. Aip tanya ummi baik-baik. Ummi suka macam ni.”
“Yelah. Patutnya Aip yang bawa ummi pergi masjid. Kita pergi sama-sama, sementara ummi ni masih hidup.”
“Apa ummi ni cakap. Ok lah, esok kita pergi masjid sama-sama. Sebab tak lama dah pun Aip nak teman Ummi. Lagi 2 minggu, Aip kena balik dah.” Sharif mencuba nasib. Semalam dia telah membuat kesepakatan dengan Sherrie untuk menghabiskan minggu terakhir cuti mereka bersama-sama di New York.
“Bila nak habis degree Aip kalau asik nak berjalan aje tau. Tengok Ja, dia ada masters.”
Arza tersengih. Sharif terkedu. Arza berjalan menuju ke dapur membawa bungkusan kuih sambil melalui belakang Shariff dan berkata perlahan.
“Lepas ni kau get ready untuk kena bebel lagi ye Mat Jebon”
Hati Sharif panas. Dia berpaling dan kemudiannya merentap tudung Arza dengan kasar. Tudung Arza nyaris tertanggal dan rambutnya sedikit terkeluar.  Arza kemudiannya memusingkan badannya dan melepaskan satu tendangan sisi yang agak kuat.
“Arrghhh!! Pompuan gila!!” Sharif menjerit kesakitan.
“Aku dah bagi kau warning! Aku bukan je ada masters, aku ada black belt!” Arza membalas sambil membetulkan kerudungnya.
Ummi Hamidah terkejut dengan kejadian yang berlaku depan matanya. Dia sama sekali tidak menyangka Sharif akan berbuat sebegitu kepada Arza dan lebih terkejut melihat tendangan sisi Arza yang mengenai Sharif. Sharif mengerang kesakitan. Bibirnya berdarah. Banyak.
Arza kemudiannya pergi ke dapur dan mengambil beberapa ketul ais. Di letakkannya di sebelah Sharif.
“Kalau kau tak suka aku duduk sini tak apa! Aku tak heran. Tapi aku memang pantang kalau lelaki suka melakukan kekerasan dengan perempuan. Sebab tu aku belajar sampai dapat black belt. Supaya orang macam kau ni dapat pengajaran!” Arza menunjukkan telunjuknya dan kemudiannya pergi mendapatkan Ummi Hamidah yang masih terpaku di muka pintu.
“Ummi tak pernah mengajar anak-anak Ummi buat macam ni Aip. Ummi malu dengan Ja. Ja, maafkan Ummi ye Ja atas perbuatan Aip ni. Ummi betul-betul tak sangka benda macam ni akan terjadi.”
Sharif kemudiannya bergegas naik ke biliknya. Bukan sahaja dia ditendang oleh perempuan, malah dia merasakan dia telah dimalukan oleh Ummi Hamidah. Dia menukar baju dan kemudiannya menyimpan semua pakainannya ke dalam beg dan bergerak turun.
“I’m going back to New York Ummi. I am always the blacksheep of the family. You never treat me as what a mother should treat her son! I am sorry Ummi. By the way, walaupun Sherrie tu moden, tetapi dia tahu menghargai Aip dalam hidupnya dan buat Aip rasa seperti disayangi dan dihormati.”
Arza keluar dari dapur setelah terdengar suara Sharif.
“Jika Aip pergi, maknanya Aip tak hormati ummi sebagai ibu Aip.” Ummi Hamidah bersuara.
“Untuk apa ummi? Untuk menjadi bahan bebelan ummi dan si orang gaji ni?” Sharif membalas.
“Aku tak nak campur urusan kau. Tapi aku rasa kau sekarang dalam bahaya.” Arza menjuihkan mulutnya ke arah pintu.
Sharif menoleh. Terkejut. Kali ketiga berturut-turut dia dikejutkan hari ini. Datuk Nasa dan Sherrie sedang berdiri di muka pintu. Buah hatinya turut terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan matanya. dia sendiri tidak menyangka Sharif sanggup menengking ibunya sendiri walaupun rangkap akhir Sharif ada memujinya. Datuk Nasa menggeleng-gelengkan kepala.
“Datuk, bila Datuk sampai?” Sharif meletakkan begnya, dan menyalami Datuk Nasa.
“Masa kamu memarahi Ummi kamu, Sharif.” Datuk Nasa menjawab.
“Sherrie, why don’t you tell me you wanna come here?”
“If I told you, I will not know your unbelievable attitude. How could you. Kalau mak you sendiri you boleh marah macam tu, kalau I jadi isteri you, mesti you pukul-pukul I!” Sherrie membalas pertanyaan Sharif.
“You don’t know the actual thing happened.” Sharif cuba membela dirinya.
“In whatever circumstances, is it ok to yell to your own mother?”
“Sherrie please..”
“Daddy, kita balik lah. I made a mistake and I don’t want him to be my husband. Ummi, Sherrie balik dulu ye. Maafkan Sherrie.” Sherrie mendekati Ummi dan menyalami serta memeluk Ummi erat.
Sharif terpaku. Diam membatu. Dia tidak tahu apa perasaannya sekarang. Rasa menyesal, marah, benci, meluat dan malu bercampur baur. Arza pula menghantar Datuk Nasa dan Sherrie ke kereta. Sherrie senyum padanya sebelum meninggalkan Villa Ummi.
Kemudiannya Arza memimpin Ummi Hamidah ke biliknya. Membiarkan Ummi Hamidah berehat di atas katil.
“Ummi berehat ye. Nanti Ja hantarkan makanan untuk Ummi.” Ujar Arza sebelum Ummi memegang pergelangan tangannya, seolah menahannya untuk pergi.
“Ummi minta maaf sekali lagi ye Ja. Ummi terkilan dengan sikap Sharif.” Air mata Ummi berderaian jatuh di pipinya.
“Ummi, setiap manusia buat kesilapan dan selalunya kesilapan mudah berlaku bila kita marah. Ja pun salah juga, sebab asyik provoke dia. Mungkin sebab tu dia tak tahan.” Arza tersenyum.
“Kalau Ummi nak pinang Ja untuk Aip, Ja nak tak?”
Kini, Arza pula yang terkejut.

Bab 9
Setelah peristiwa itu Sharif kembali ke New York menyambung pengajiannya. Ummi Hamidah bersyukur di atas perubahan sikap Sharif. Sharif lebih kerap bertanyakan khabarnya melalui panggilan telefon dan juga berwebinar bersama.
Lebih kurang dua bulan selepas Sharif pulang ke New York, Ummi Hamidah dan Arza terbang ke Kota London. Kerinduan kepada pasangan kembar Shafiza dan Shafira serta menantu dan cucu-cucu tidak terbendung di hati Ummi Hamidah. Orang yang paling gembira adalah Arza. Impiannya menjadi kenyataan, walaupun hanya menjejakkan kaki di Kota London sebagai pelancong.
Arza banyak menghabiskan masanya dengan mengikut Shafira ke universiti dan mengambil menekuni beberapa buah buku di perpustakaan universiti menggunakan akses Shafira. Hatinya gembira bukan kepalang. Sudahlah penerbangan dan tempat tinggal ditaja sepenuhnya, dia dapat merasai serba sedikit kehidupan sebagai seorang pelajar di Kota London. Dia juga berpeluang berjumpa dengan sahabat baiknya, Chot dan Sam di sana.
Arza merasakan kehidupannya kini lebih baik. Sebelum dia menemani Ummi Hamidah ke London, Arza telah membawa Ummi Hamidah bersama-sama pulang ke kampungnya. Dia berasa sedih dengan keadaan kesihatan ibunya yang semakin teruk dan juga keadaan Bapak. Bapak sudah tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mampu untuk menanggung ubat-ubatan emaknya. Sungguhpun begitu, adik-adiknya masih lagi meneruskan persekolahan mereka kerana mereka mendapat bantuan daripada pihak sekolah dan juga beberapa individu yang amat prihatin.
“Mak, Ja minta maaf Mak. Ja tak sangka keadaan Mak seperti ini. Ja sentiasa doakan Mak diberikan kesihatan yang baik.”
“Mak seronok tengok Ja dah balik. Ja sambung tak PhD?” ibunya mengusap-usap muka Arza. Arza menggeleng-geleng kepalanya.
“Kenapa tak sambung nak? Kan Ja dah janji dengan Mak yang Ja nak sambung belajar sampai dapat Doktor Falsafah.” Ibunya menyambung.
“Ja akan sambung Mak, insya Allah suatu hari nanti. Sekarang Ja nak Mak ikut Ja ke Kuala Lumpur. Tinggal dengan Ja dan Ummi Hamidah untuk mendapatkan rawatan dan juga member pendidikan yang sempurna buat adik-adik.  Kebetulan, ni cuti sekolah. Boleh Ja bawa adik-adik berjalan.”
Ummi Hamidah hanya memerhati perbualan dua beranak itu dengan sepi. Dia amat bersimpati dengan keadaan ibu Arza. Sebelum bertolak, dia telah memaklumkan kepada Arza yang dia akan menanggung kos perubatan untuk ibu Arza, jika ibu Arza bersetuju untuk tinggal di villanya. Perjalanan kehidupan Arza sedikit sebanyak mengajarnya erti kasih sayang seorang ibu dan susah senang si anak. Dia ingin sekali bermenantukan wanita seperti Arza. Semangat wanita besi, ada padanya.
“Ummi Hamidah nak tanggung kos perubatan Mak. Ummi juga nak tanggung kos persekolahan adik-adik. Ummi kata kalau Bapak nak kerja, Ummi boleh carikan kerja untuk Bapak. Insya Allah”
“Mulianya hati Kak Ummi. Tak apa Kak Ummi, jangan susahkan diri Kak Ummi. Saya ni sakit. Suami tak ada kerja, tapi Insya Allah anak-anak kami tetap akan sekolahkan.”
“Kak Ummi ikhlas, dik. Kak Ummi sendiri mempunyai sebuah rumah kebajikan kanak-kanak dan orang-orang tua. Ini tanggungjawab Kak Ummi untuk membantu.” Ummi Hamidah membalas dengan suara terputus-putus. Sebak.
Setelah kesepakatan dicapai, dengan bantuan sebuah ambulan, ibu Arza dibawa terus ke Hospital Damai untuk diberi rawatan terbaik oleh pakar-pakar yang tersohor. Ayah Arza diberi kepercayaan menjaga keselamatan rumah kebajikan Ummi Hamidah dan adik-adik Arza telah ditukarkan untuk bersekolah di sekolah bestari yang terletak berdekatan dengan Villa Ummi.
“Terima kasih Ummi. Tak terbalas jasa Ummi ni. Ja tak tahu nak cakap macam mana.”
“Tak payah cakap banyak-banyak. Terima aje dan sebutlah Alhamdulillah.”
Ummi Hamidah membalas pelukan Arza.    


Bab 10
“Aku terima nikahnya, Lea Arza binti Razali dengan mas kahwinnya 10,000 tunai.” Sejuk tangan Sharif apabila melafazkan akad nikah.
Jodoh mereka tertulis. Walau pada awalnya mereka dipertemukan dengan kebencian antara satu sama lain.
Arza menerima pinangan Ummi Hamidah bukan hanya kerana wanita itu banyak membantunya, tetapi sikap yang ditunjukkan oleh Sharif selepas kejadian lalu benar-benar menambat hatinya.
Dia percaya, jika Allah memberikannya kesulitan, bukanlah selamanya dalam kesusahan. Akan hadirnya pelangi selepas hujan.
Teringat akan jawapannya kepada Ummi Hamidah tatkala Ummi Hamidah inginkan keputusannya.
“Ja terima, kalau dia bagi Ja tengok sinetron. Dan terima Ja seadanya sebab Ja pandai seterika baju dan vakum aje. Lain-lain Ja tak reti.”
Ummi Hamidah tertawa lantas memeluk Arza erat. Bersyukur Arza menerima lamarannya bagi pihak Sharif.
Senyum Arza mengiringi kedatangan suaminya, Sharif a.k.a Mat Jebon.


“Tiada duka yang abadi di dunia, tiada sepi merantaimu selamanya, malam kan berakhir, hari kan berganti, takdir hidup kan dijalani. Tangis dan tawa, hati yang rindukan cinta di jalanMu, namun ku percaya, hati meyakini, semua akan indah pada akhirnya.”

  

Tamat


No comments:

Post a Comment