Cerpen : Yang Pertama





YANG PERTAMA
Oleh : 
Aida Zairina Ishak






Part 1 - Deleted.
Mail me at igloomama@gmail.com if you are interested to read.
TQ

----
Part 2

Hati semoga engkau bahagia dengan segala yang perlu engkau rasa. Aku tidak memaksa untuk engkau terima dengan cepat, cuma janganlah engkau terasa sakit yang seperti mahu mati. Aku masih perlukan engkau untuk terus merasa, terutamanya bahagia…

“Assalamualaikum.”
Suara itu telah membuatkan Arina yang asyik menaip mengangkat muka.

“Waalaikumussalam. Ya Allah, lamanya kita tak jumpa. Nama je anak satu sekolah ye.” Hati Arina berdegup kencang. Dihulurnya salam dan pipi bertemu pipi.

“Sama lah Rina, Kak Sal pun lama tak dengar cerita Rina. Nampak macam tengah menulis? Tulis apa tu?”

“Tak adalah kak. Baru-baru nak belajar menulis. Duduk lah kak, penat kalau nak berdiri.” Arina menarikkan sebuah kerusi di hadapannya untuk diduduki oleh Salwa.

Salwa yang sedang sarat menggangguk setuju. Dengan keadaan dirinya sekarang memang dia cepat penat, apatah lagi untuk berdiri dengan lama.

“Dah berapa bulan Kak Sal sekarang?”

“Lapan bulan. Insya Allah dua minggu lagi Kak Sal nak balik Kedah. Kali ni rasa nak bersalin kat sana. Kebetulan dalam sebulan lagi, Abang Khairul kena bertugas di luar negara.” Salwa bercerita sambil membelek-belek menu yang di hadapannya.

“Kak, orderlah apa-apa kak. Rina belanja.” Arina menawar diri untuk membelanja Salwa.

“Wah, best ni. Tapi, tak apalah Rina, Kak Sal baru je makan dengan kawan tadi. Ni nak tunggu Abang Khairul datang jemput. Lalu sini, ternampak Rina, tu yang tegur.”

“Alah, ingatkan ada teman nak makan lunch ni. Rina pun sebenarnya buat appointment dengan Husyn, tapi dia kata dia ada important meeting kena attend. So, kenalah makan sorang-sorang ni.”

“Dengan suami sendiri kena buat temujanji?” terjengil mata Salwa mendengar peryataan Arina sebentar tadi.

“Hehe, the art of having a business-husband. Tak ada lah sampai kena buat formal appointment. Tapi bunyinya lebih kurang temujanji lah.”

Kedua-dua mereka tertawa. Tak tahu apa ada di dalam hati masing-masing pada saat dan ketika itu, tetapi masing-masing sangat pandai menyembunyikan satu perasaan yang tidak terungkap. Perbualan demi perbualan terus rancak, kekadang tampak mereka berdua tertawa riang dan kekadang tergambar riak muka serius. Mungkin pelbagai slot cerita mengisi ruang perbicaraan mereka. Sedang mereka leka dengan cerita dan riak pameran wajah, kedengaran bunyi hon kereta berdekatan mereka. Satu susuk tubuh lelaki keluar dan melambai ke arah kami. Khairul, suami Salwa.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Serentak Arina dan Salwa menjawab.

“Jom Sayang. Kontraktor rumah telefon tadi, dia nak tengok area yang kita complaint semalam.” Khairul perlahan menghulur tangannya membantu Salwa bangun dari kerusi. Dia juga bergegas mengambil beg dokumen Salwa yang terletak di kerusi sebelah.

“Kak Sal balik dulu ye Rina. Oh ye, Sayang tau tak Rina sekarang penulis tau. Dah ada buku.” Salwa terlepas kata. Wajahnya tiba-tiba berona merah. Dia dapat lihat wajah Arina juga berubah. Berlainan dengan suaminya, terpinga-pinga.

“Iye? Tahniah. Mana Sayang tau Rina dah ada buku?” Khairul mengerutkan dahinya.

“La, kan semalam kita jumpa Husyn masa kat kedai makan. Kan dia ada cerita. Tak ingat?” Salwa memeluk lengan suaminya, mencubit manja.

“Oh..oh..ye..ye. Semalam. Terlupa pulak. Ye lah, semalam Husyn ada cerita. Dia ada bagi buku tu kan kat Sayang semalam?” Khairul terasa sedikit kaget apabila dia terasa lengannya dicubit oleh isterinya.

“Err, ada, ada. Lupa pula nak letak dalam handbag. Kalau tak, boleh mintak autograph penulis. Eh, oklah Rina, akak kena pergi dulu ni. Jumpa lagi ye. Assalamualaikum.” Ujar Salwa dengan sedikit gugup.

Arina hanya tersenyum, mungkin sedikit kelat. Melihat dan mendengar peristiwa di hadapan matanya membuatkan hati dia tidak sedap dan merasakan ada sesuatu yang tak kena. Tangannya terus melambai pasangan suami isteri yang sedang keluar dari parkir kereta. Setelah bayangan Salwa dan Khairul hilang, dia kembali mengingati kata-kata Salwa sebentar tadi. Semalam Husyn makan malam bersamanya dan anak-anak di salah sebuah hotel terkemuka bersempena dengan pelancaran novel pertamanya. Dia juga bermalam di hotel tersebut. Satu cara untuk dia mngucapkan terima kasih serta menghargai kasih sayang dan pengorbanan suami dan anak-anaknya sepanjang dia menyiapkan novel pertamanya. Pagi tadi mereka check out dari hotel tersebut dan terus menghantar anak-anak ke sekolah. Husyn menghantarnya ke Masjid Negeri untuk dia menghadiri Kelas Tafsir mingguannya dan setelah Solat Zuhur, dia mengambil teksi terus ke Café Awan Biru untuk makan tengah hari bersama Husyn. Tetapi setelah dia sampai di café tersebut, Husyn menelefonnya dan meminta maaf kerana dia tidak dapat bersama kerana perlu menghadiri satu mesyuarat penting. Telefon bimbitnya berbunyi. Dia mencari di celahan manuskrip di atas meja.

“Rina? Assalamualaikum” Suara suami tersayang di hujung talian.

“Waalaikumussalam. Abang di mana?”

“Abang on the way ke sekolah kids. Arina kat mana?” jauh kedengaran suara Husyn di talian. Mungkin penggunaan alat bebas tangan membataskan pendengarannya.

“Lambat lagi. Ada lagi 45 minit kan? Abang ambil Rina dulu boleh? Rina ada kat Café Awan Biru ni.”

“Ok. In 3 minutes, insya Allah.”

Arina bertambah pelik. Hanya 3 minit? Bermakna Husyn bermesyuarat berdekatan dengan tempatnya, sedangkan Husyn mengatakan dia bermesyuarat di Kuala Lumpur. Nafasnya ditarik panjang. Harapannya agar telahannya tidak benar.

-----

Part 3

Terkadang bila hujan datang, aku mahu ia membawa segala perasaan yang membuat lubang di hatiku. Aku mahu hujan melupuskan segala yang hitam sambil berharap matahari akan bersinar cerah selepas hujan supaya pelangi yang didambar dapat membawa pelbagai warna dalam kehidupan. 
Aku suka pada aliran warna yang pelbagai. Aura warna warni mungkin berjaya mengubah persepsi mati kepada hidup, duka kepada gembira, sempit kepada lapang dan juga mungkin sengsara kepada bahagia.
Bukan aku tak rasa bahagia, cuma aku sangat perlu pada bahagia yang jujur.Bahagia yang tak dibuat-buat.

“Rina! Apa yang Rina buat ni?” Husyn menunjukkan beberapa keping kertas di tangannya.

Arina terkejut lalu menoleh. Dilihatnya beberapa keping manuskrip novelnya berada di tangan Husyn. Ada juga beberapa keping bersepah di lantai. Mungkin terjatuh waktu Husyn mengambilnya dari atas meja makan.

“Bila Abang baca?” Arina menyoal suaminya walau dia dapat meneka. Bab pertama dan kedua manuskrip terbaharunya yang dicetak pagi tadi hanya diletakkan di atas meja, tak seperti selalu, disimpan kemas di dalam sampul surat.

“Abang tak suka cerita begini Rina. Apa yang Rina nak beritahu?” Husyn menghempaskan manuskrip tersebut di atas meja tulis, tempat di mana banyak masa Arina dihabiskan untuk menulis.

“Kenapa? Apa yang Abang rasa?”Arina cuba menyembunyikan satu rasa yang dia dapat rasakan apa yang sedang suaminya rasa. Dia tunduk untuk mengutip kepingan kertas yang baru sahaja dihempas oleh Husyn. Air mata mula menitik. Padanya jika suaminya memarahi, berkemungkinan apa yang berlaku di dalam novelnya juga berlaku dalam kehidupannya.

“Abang..Abang..Rina, Abang..Abang dapat rasakan Rina nak ceritakan pasal kita.” Husyn cuba untuk menenangkan keadaan. Dia dapat rasakan yang isterinya tahu apa yang terjadi semalam. Salwa ada memberitahunya berkenaan peristiwa yang terjadi di Café Awan Biru.

“Sebagai penulis, Rina ada bermacam-macam pilihan Abang, turun naik kehidupan manusia, percintaan, kisah rumahtangga yang pelbagai. Kalau Abang yang baru membaca dua tiga helai manuskrip ni dah dapat rasakan cerita ini pasal kita, mungkin Abang lebih tahu apa yang terjadi kelmarin dan pengakhirannya bagaimana. Rina menulis secara umum. Mungkin ianya ada kena mengena dengan kita, kerana kita adalah salah satu pelakon dalam kehidupan yang mungkin Rina akan tuliskan. Atau mungkin Abang ada terasa kerana Abang ada melakukan sesuatu yang mungkin di luar pengetahuan Rina.” Arina bertahan dengan perasaannya. Dia sememangnya tahu apa yang terjadi semalam. Bukan hanya semalam, tetapi kisah antara suaminya dan Salwa.

Husyn memeluknya. Erat. Dia kini tahu yang Arina maklum tentang kisah cintanya dan Salwa. Arina tidak membalas pelukan Husyn. Arina terus menangis sepuasnya. Helaian manuskrip yang berada di tangan Arina berterbangan ke lantai.

-----

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment