Family, where life begins and love never ends.
Bangun tidur, minta Mama beri izin nak menonton movie Baby Geniuses. Seperti biasa, jika mahukan sesuatu, maka mereka perlu melaksanakan semua job yang telah diamanahkan terlebih dahulu.
Membaca Al-Quran, tasmi' hafazan dan membuat sedikit ulangkaji merupakan 3 sesi disiplin setiap pagi buat Hashimiz. Biarlah sedikit, namun harapnya mereka istiqamah dan moga ianya menjadi budaya mereka sampai ke hujungnya.
Selesai dengan disiplin awal pagi, mereka menghabiskan masa dengan bermain congkak. kelentang kelentung bunyi guli mengenai papan congkak. Seronok melihat mereka mempelajari skill baru ini. Nampaknya semakin laju pergerakkannya.
Selesai semua job yang diberi, tibalah masa untuk menonton. Masing-masing fokus {Kalaulah fokus sebegini yang mereka berikan setiap kali membaca, alangkah bagusnya. (hehehe).}
Anees Hashim, tidak seperti abang-abang dan kakaknya. Dia jarang fokus dengan menonton. Ada sahaja keletahnya dan kadangkala mengundang marah abang-abang dan kakak kerana membuat bising.
Dan, pagi ini, dia merengek.
"Mama, Adek (panggilannya di rumah) nak duduk dalam kereta yang boleh sorong-sorong tu. Macam baby"
"Stroller?"
"Iye. Mama cepat lah. Adek kan baby.."
Mama terdiam. Anees Hashim mula merengek.
Mungkin Anees Hashim nak adik agaknya....
Aida Hashim
Shah Alam
No comments:
Post a Comment