Thursday, September 19, 2019

Mama oh Mama...

Salam Sayang semua,




Posting kali ni Mama just nak share sedikit kesimpulan yang Mama dapat from buku Suri Rumah Profesional, Jutawan di Rumah karya Ummi Profazz, Hajjah Siti Nadzrah Shah Omar.

First thing Mama nak ucap thank you to Baba. Sebab belanja Mama buku ni.
Well, my 'now target' is untuk potong jumlah buku yang Baba baca in a month.
Mama tak baca buku ilmiah mcm Baba. so i suppose to read more coz bacaan Mama yang ringan2 aje.

ok.
sambung pada perkongsian berkenaan buku ini.

Mama just nak share few points aje ye. Yang mana Mama rasa lebih untuk semakan Mama pada masa hadapan.

One chapter yang Mama seronok baca is berkenaan dengan :Pengurusan Masa Suri Rumah Professional:
betul!
Sebab mama sendiri pun selalu tak dapat nak urus masa dengan betul, walaupun Mama dah plan ahead seminggu errands yang Mama perlu lakukan.
Contohnya Mama dah congak lebih kurang 2 unit homestay Mama akan clean every day, masak lunch on alternate days dan simple dinner everyday, 1 hour at least study time with Anees dan Aiman. Tapi selalunya semua ke-laut!!
Dan dalam diam Mama mula hate myself. Sebab tak meet target, sebab jadi Mama yang tak berguna coz tak ikut plan.
Ha, jangan pelik. That is me. Cuma selalu Mama simpan sendiri lah. But please beware. Mak2 selalu ada perasaan mcm ni tau. So, please jaga skit perasaan mak2. Ada yang boleh let go and move dan tak kurang yang depress.

Well, menurut Ummi Profazz, masa 24 jam tu amatlah terhad. nak buat semua benda memang tak cukup. So, we need to choose in order to maximise hasil yang kita idamkan. Masa tak akan berulang. Tu point yang paling penting! So, kita perlu jadi lebih bijak memilih. Ibu juga perlu ada soft skills untuk buat semua benda dalam plan dan ikut time frame. Antara tips yang Ummi Profazz share adalah :-
*Tips menyediakan makanan - rancang menu, use practical way to prepare foods such as siapkan bahan2 memasak terlebih dahulu.
*Tips mengemas rumah - gunakan masa semasa anak2 tidur, ajak dan ajar anak utk mengemas mainan mereka sendiri selepas main, jika berkemampuan ambil weekend cleaner.
*Tips mengurus pakaian - uruskan baju anak2 sekolah mengikut hari, hantar dobi jika berkemampuan, latih anak2 yang besar utk mencuci dan menggosok pakaian sekolah sendiri, sediakan bakul2 jika tak sempat lipat baju.
*Tips menjaga kesihatan - pastikan jadual imunisasi anak2 diikut, sentiasa sediakan ubat2 simple spt ubat demam di rumah, amalkan pemakanan yang sihat dan amalkan aktiviti riadah.
*Tips mendidik anak - semak kerja rumah anak2 setiap hari sebaiknya selepas asar dan selepas isyak, ulangkaji bersama2 anak2.
Tips masa kualiti bersama anak2 - ibu perlu bnyk bersabar dengan anak2, sebelum mereka tidur berbual mesra dengan mereka  dan peluk mereka dan bacalah doa di hadapan mereka sebelum mengucup mereka.

Doa pelembut hati anak - Surah Asy-Syura, ayat 19.

Another good sharing from Ummi Profazz adalah bagaimana seorang ibu perlu pastikan semua tips itu berjalan lancar.
Antara points yang Ummi share adalah :-
*Keazaman yang tinggi - define matlamat yang kita mahu and go for it!
*Jalinan ukhuwah - pastikan anak2 punya hubungan yang baik sesama sendiri. Pastikan mereka main bersama dan communicate bersama. Antara doa yang boleh dibaca setiap kali mereka berhaduh - Doa Rabitah.
*Disiplin ketat - tetapkan masa untuk mereka. masa main, masa makan, masa belajar dan follow the time planned.
*Didikan agama - ensure mereka sentiasa berakhlak baik dan memelihara agama mereka. once diaorg dididk dengan agama, insya Allah mereka akan sentiasa menjaga perlaku dan turut kata.
*Urus masa - rancang masa dengan bijak supaya semua yang kita rancang mampu mencapai targetnya. ada hari kita perlu lebih masa untuk mengemas, maka masa untuk tugasan lain perlu dikurangkan.

Pada pendapat Ummi Profazz, tugas seorang ibu yang paling penting adalah MENDIDIK ANAK. So, work to it! Jangan lengahkan masa coz masa tak akan berulang dan anak akan terus membesar.

So, at the end, apa amalan yang seorang ibu perlu buat untuk menjadi JUTAWAN DI RUMAH adalah:-

*Baca dan fahami Al-Quran.
*Beri sedekah
*Kekalkan hubungan keluarga - family means no one gets left behind or forgotten.
*Bersyukur
*Bertakwa dan tawakkal kepada Allah
*Mohon keampunan Allah.
*Elakkan riba'
*Minta kekayaan drpd Allah.

Ok.
Banyak sangat points yang boleh dikongsi lagi sebenarnya.
Mama up yang ni je dulu lah,
Nanti kalau ada masa lain, Mama share lagi ye.

Moga kalian dapat sedikit manfaat dalam perkongsian kali ni.



Luv,
Mama Aida

No comments:

Post a Comment