Thursday, September 19, 2019

Alkisah Kopi Dua Cawan


Pernah satu ketika, tekak dan hati berpadu nakkan secawan latte panas yang bukan sendiri buat. Tambahan ada sebuah kedai kopi yang baru dibuka di bawah tempat anakanda tuisyen.
Maka untuk tidak menghampakan hati permaisurinya, sang raja bersetuju membawa permaisurinya minum kopi.
Tetapi, hanya secawan - dikongsi berdua.
Gundah gulana hati permaisuri saat menelan. Sebenarnya bukan tak boleh tahan keinginan. Tetapi rasa lama tak berdating berdua minum kopi.
Hati terus bersangka baik, mungkin sang raja mahu suasana romantis manis bergula berkongsi secawan kopi tanpa gula. Terus sahaja permaisuri menelan, perlahan-lahan.
.
Hari ini sang raja mengajak adinda permaisuri minum kopi di kedai yang sama.
Permaisuri berkata.
Andai secawan lagi, tak mahu. Rasa bersalah adinda bila kekanda buat begitu.
Sang raja ketawa.
Tak lah.
Secawan seorang.
Dan berkongsi tart telur.
.
Hahahaha.
.
Nampak tak betapa lainnya bila remaja zaman 80an ni berdating?
Berbincang dulu berapa cawan depan kedai.
Hihihihi.
.
Terima kasih @hashimshiyuti.
Tahniah atas chapter 3 submission.
Cepat2 lah siapkan next chapter, boleh belanja lagi.
😝.


Luv,
Mama Aida

No comments:

Post a Comment