Showing posts with label Diari Mama. Show all posts
Showing posts with label Diari Mama. Show all posts

Friday, September 20, 2019

Orkid Mama.


Salam Sayang Semua!

Hari ni Mama ada few jobs kena settle kan sebelum waktu solat Jumaat.
Kesemua Hashimiz ada di rumah.
Sangat mengujakan bukan?

hihihihi.

Sebelum keluar juga Mama pesan pada Balqees Hashim yang Tesco Online Mama scheduled kan jam 9 pagi. So, kalau sampai nanti dah pesan siap2 mana nak simpan semua groceries tu. Thanks to online groceries platform. Memang mudah kerja Mama bab beli groceries ni. Selalunya Mama guna Happy Fresh, kali ni Mama kembali pada Tesco Online sebab tesco points dah tinggal sikit coz Mama dah redeem few cash vouchers last week. Hihihihi.

Mama keluar rumah jam 8.15 pagi. Sarapan nugget dan kentang goreng untuk kids dah Mama sediakan awal lagi. Air teh o for kids dan teh halia for Ma. Mama Baba pula bersarapan bersama di kedai mamak sebelum mula kerja. 

Our Time!
Yazz.

Jadi selesai makan, kami mulakan lah kerja-kerja kami. Ada pro dan kontra kerja bersama pasangan ni sebenarnya. yang paling common adalah :-

Pro - Mudah dan cepat selesai.
Kontra - cepat sentap!

Haaa.
Silap sikit je memang mula lah emo. lagi2 kalau masing2 dah mula letih.

Cuma hari ni Mama rasa sikit berasap.
Sebabnya one of our guest lekatkan chewing gum di pillow case. Allahu. Janganlah buat benda2 yang tak sepatutnya dibuat. Chewing gum buang lah dalam bakul sampah. Jangan diletak bersepah-sepah. tepuk dahi, garu kepala Mama nak menghilangkannya sebelum dihantar ke dobi.

Tak stress, cuma mengeluh mengenangkan sikap segelintir masyarakat kita.
Kita selalu nak yang kemas, cantik, bersih, tetapi kita menggunakan kemudahan yang ada dengan tinggalan yang kotor, jijik dan bersepah.

Dahhhh...

Cukup cerita pasal kerja,
Mama nak cerita mengenai cinta hati Mama.
Hihihi.

Boleh tengok gambar.



Yang purple, kali ketiga berbunga,
Yang putih, bakal berbunga buat kali kedua.

Dan hari ni Mama rasa Mama sesuai tanam orkid.
Hihihih.

Ok lah.
Nanti Mama tulis lagi.



Luv,
Mama Aida

Saturday, April 1, 2017

Pergi jauh-jauh



Pergi jauh-jauh rasa benci.
Hadirlah suka.
Bukan mudah mencari.
Tidak juga mudah meneliti.

Pergi jauh-jauh rasa geram.
Hadirlah gembira.
Bukan mudah menyakiti.
Tidak juga mudah mengubati.

Pergi jauh-jauh ego.
Hadirlah positif.
Bukan mudah bersangka.
Tidak juga mudah memaafi.



Luv, Aida

Tuesday, November 29, 2016

Gelap...









Kadang-kadang kita rasa dunia kita gelap. Tak nampak jalan. Tak nampak apa2.
Cuma, bila dah lama duduk dalam gelap, mula kita dapat keyakinan atas keadaan sekeliling dan sedikit keberanian untuk meraba apa yang boleh digunakan.
Lama kelamaan kita mula biasa dengan kegelapan. Tak rasa gelap cuma mungkin rasa sedikit kekurangan dan keterbatasan melakukan sesuatu. 

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan hanya Allah sebaik-baik Pelindung. 

Mungkin pada minda aku tak cukup kuat, namun hidupkanlah hati dengan tali2 yang cukup ampuh sokongannya sehingga tiada apa selain keyakinan Allah tahu yang terbaik buatku, Allah rancang yang terbaik buatku dan Allah jadikan sesuatu itu baik buatku. 

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Ledakkan semangat biar tuntas caranya. Regukan kekuatan biar betul gerakannya.
Satukan ikatan biar berani perginya.
Hidupkan hati biar membara senantiasa.
Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.



Luv, Aida

Saturday, May 23, 2015

Kita Sekapal, Kelana Bersama.

Repost from Facebook : aidazairina.ishak



Lately bnyk pula nampak postings berkenaan suami kena buat itu ini..isteri tak payah buat sepatutnya..pembahagian kerja dan sebagainya.

Mama ni mmg tabik spring pada ibu2 berkerjaya sebab mereka mmg super woman!!
Urus kerja, urus rumah, urus suami dan urus anak bukan lah satu kerja yg mudah. Urus diri sendiri dan mengurus emosi juga bukan satu kerja mudah.

Mungkin nampak tak berapa nak adil jika semua kerja orang pompuan (isteri) kena buat. Atau mungkin nampak pihak suami tak ambil berat langsung pasal kerja2 rumah ni.

Wanita nature nya adalah berkaitan dengan menyantuni rumahtangga dan anak2.
Lelaki pula nature nya keluar mencari rezeki dan berkaitan dgn kerja2 yg berat.

Tiada salah bg suami untuk membantu isteri malah pertolongan suami sentiasa dialu2kan. Seni Islam mudah..apa2 yg baik dan mampu mendekatkan diri dengan Allah dan mampu mendatangkan bahagia, adalah sangat2 digalakkan.

Namun, apabila ketidak puasan berlaku dan suasana tegang menyelubungi pasangan tatkala suami isteri berdebat mengenai senarai kerja masing2, ungkit mengungkit dan tuduh menuduh, seni yang pada asalnya indah tadi nampaknya bertukar tempo. Punch line lari, pitching pun semacam..apatah lagi iramanya pincang bila rentak tak selari dgn penghayatan.

Wanita dikenali sebagai manusia yg penuh kelembutan dan kepandaian dlm menyusun atur. Lelaki pula lebih wise dalam mengemudi. Itulah tujuan asal sebuah perkahwinan. Sama2 bersama bersatu dalam urusan, menampal mana2 kekurangan pasangan dan memberi sebanyak2nya.

Bukan tak pernah diri terasa lelah atau beremosi tatkala mood angin tak menentu, tapi saya suka jika wanita lebih rasional dalam menyanuni urusan rumah tangga kerana bukan semua lelaki labelnya pemalas atau pun menggunakan kuasa veto mereka..tetapi mereka lebih selesa untuk isteri melakukannya. Sedap di rasa. Sedap di mata.

Cik2 abang pula, ambillah kesempatan berterima kasih, memuji jika tak berkesempatan nak exercise membantu. Tak keluar duit pun untuk 2 patah kata terima kasih dan 3 patah kata I Love You. Tak perlu keluar dr meeting pun untuk menghantar khabar melalui telefon atau memaklumi isteri di mana mereka berada. Maklumlah..wanita ni mmg cepat risau. Sebab tu mereka cepat melenting bila dia penat dan suami pulak nampak relaks2 depan gadjet 😊. Dia bukan risau apa..risau lambat masak..nnt cik abang juga yg lambat makan...ye tak?

Dalam senario sekarang..
Wanita (isteri) ramai yg sama2 bergandingan dgn suami untuk mencari nafkah. Bagi mereka yg berkemampuan, boleh lah menggajikan pembantu. Bagi mereka yang belum direzekikan, toleransilah. Marah2 pun penat juga..last2 kerja x siap..silap2 anak2 pun x nak duduk rumah dgn kita.

Okeh.
Ni just pot pet Mama aje. Tak de kena mengena dgn sesiapa..
Sendiri bikin post untuk diri sendiri..sbb kadang2 dtg juga angin sepoi2 bahasa tu..ihihiihihi


Aida Ishak
Shah Alam

Saturday, April 4, 2015

Orang Tua Itu...



Menjadi 'orang tua' bukanlah membuat kita punya kuasa untuk memghukum anak2 dengan sesuatu yang menjatuhkan air mukanya, menyakiti hatinya, merendahkan motivasinya dan membuang rasa hormatnya.

Menjadi 'orang tua' adalah untuk menyampai istilah kehidupan dalam keserasian, wadah dalam keharmonian, demi ilmu, peningkatan jati diri dan nilainya dalam hormat menghormati.

Apabila ada satu cuit rasa tidak senang dengan tingkah 'orang-orang tua', anak2 akan rasa kecil, marah dan mungkin melupakan niat mengaut ilmu dan mula merasakan kehidupan adalah sesuatu yang rigid, stereotype dan bosan.

Leraikanlah egomu wahai 'orang tua'
Lepaskanlah.

Ketegasan dipasak bukan dengan api kemarahan yang meluap, tetapi dengan rasa hormat dan penyatuan emosi. 

Mereka mengerti atas tindakan, bukan merasa mereka seperti menyusahkan atau menampakkan kita seperti seseorang yang menyusahkan.

Biar anak2 terdidik dalam bi'ah kasih sayang, hormat menghormati dan sedar.

Aida Ishak
Shah Alam.

Wednesday, March 25, 2015

Masa Berdua Sahaja



"cinta mendorong kita bekerja.
 cinta merangsang kita berperanan. 
cinta menjadikan segala tugas dan tanggungjawab yg dilakukan sebagai satu keseronokan dan kepuasan dalam hidup" 
- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Baru sahaja selesai menonton televisyen. Bukannya menonton dan berada di hadapan televisyen sepenuhnya, tetapi saya hanya sebagai pendengar tatkala tangan sedang meluahkan apa yang diterjemah minda di papan kekunci computer.

Beberapa tokoh motivasi terkenal bersama-sama membincangkan tajuk mengenai “pasangan memerlukan masa sendiri”. Nampak rancak perbincangan tersebut dan dalam program tersebut, kesimpulan yang dapat saya buat ialah mereka sama-sama bersetuju yang suami isteri perlu masa bersendiri tanpa kehadiran anak-anak demi kerukunan rumahtangga mereka.

Apa pandangan anda berkenaan topik ini?

Jika ditanya pandangan saya, suka saya mengatakan ianya bergantung pada keadaan. Mengapa saya berpandangan sedmikian?

Andai anda punya kemudahan dan punya ahli keluarga ataupun penjaga untuk menjaga anak-anak sepeninggalan anda berdua, silakanlah untuk menghabiskan masa berdua sahaja. Ianya dapat menyemarakkan lagi rasa kasih sayang dan mungkin merupakan peluang terbaik untuk anda membuat ‘ice breaking’ bagi menentukan hala tuju keluarga dan juga anak-anak.

Namun, jika pemergian anda akan menyusahkan orang di sekeliling, atau meninggalkan anak-anak terkapai-kapai sendiri, saya rasa lebih baik anda membatalkan niat yang asalnya murni. Saya rasakan lebih baik untuk anda mengambil cuti sehari bersama pasangan dan lakukan aktiviti ‘dating’ semasa anak-anak di sekolah. Ataupun, anda mungkin lebih memerlukan satu bentuk perancangan yang lebih ‘family friendly’ dan bukannya ‘honeymoon’. Mungkin perancangan mengadakan satu bentuk rehlah yang disertai oleh semua ahli keluarga dan kemudiannya bersama-sama bertukar cerita dan nasihat ataupun aktivit-aktiviti yang berasaskan ‘team building’ yang mampu membuatkan ukhuwah setiap ahli keluarga lebih rapat dan kuat.

Saya teringat akan kisah pertama kali saya diajak turut serta dalam jaulah suami. Suami meminta untuk saya menemannya ke kota Jakarta untuk membentang sebuah kertas kerja di sana. Walau hati saya melonjak gembira pada mulanya, tetapi semakin dekat masa sampai, semakin gemuruh hati dan sedih ingin meninggalkan Hashimiz.

Sampai di saat dan ketika hari saya meninggalkan mereka, saya yang lebih-lebih menangis mengalahkan anak-anak. Sesampainya saya di kota Jakarta, saya terus meminta suami menghubungi anak-anak tetapi suami menasihatkan saya untuk bersabar. Insya Allah segala-galanya akan berjalan lancar dan letaklah sepenuh kepercayaan kepada kedua bonda yang menjaga mereka.
“Hasbunallah wanikmal wakeel.” Katanya perlahan. Sememangnya kalimah itu sangat menenangkan dan meyakinkan.

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;" Al Baqarah : 128

Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar walaupun saya tidak dapat menafikan agenda rindu-rinduan dan saat yang paling seronok saya rasakan adalah apabila mereka memeluk saya dengan erat apabila saya sampai di rumah. Priceless!!

Maka, kesimpulannya di sini, masa sendirian bersama pasangan bukanlah bermakna kita perlu pergi jauh, cukup sekadar keperluan dan jika punya kesempatan dan tiada kekangan, tidak salah untuk percutian berdua-duaan. Yang penting, kita perlu juga memikirkan masa sendiri orang lain, bukan hanya masa sendiri kita.

Aida Ishak
Shah Alam

Monday, March 2, 2015

Masuk Tahun Keempat...


Bila bercakap dengan lemah lembut, maka hati yang mendengar akan menjadi terusik. Jika hati diusik dengan kebaikan, maka kebaikanlah yang akan dijemput masuk dan kebaikan jugalah yang akan diterjemah akal untuk ditukar kepada gerakan anggota.

Itulah untungnya apabila kita berkata-kata dengan baik. Penerimaan yang baik dan perlaksanaan juga baik, insya Allah. Yang member rasa tenang, yang menerima rasa tenang. 

Itulah kemuliaan yang diberi Allah apabila sentiasa mengamalkan kebaikan dalm ertikata kebaikan yang baik. Seronok bukan?

"Aiman, bila Mama kata jangan, adalah lebih baik untuk Aiman jangan buat. Mungkin ianya berbahaya untuk Aiman atau mungkin ianya tidak sesuai untuk Aiman lakukan. Kalau Aiman nak jadi anak soleh, Aiman perlu dengar apa Mama cakap kan?”

“Macam mana kalau Mama cakap tu wrong?”

“Setiap Mama tak akan nak susahkan anak-anak dia. Sebab bila anak-anak susah atau sakit, Mama Baba lagi susah hati.”

Aiman Hashim meletakkan kembali buluh hiasan yang diambilnya dari pasu hiasan yang beada di ruang tamu. Katanya ingin bermain pedang dengan abangnya. Mujur juga Mama Nampak, jika tidak kemungkinan akan berlaku lagi drama-drama yang tidak diingini.




Setahun pertama sebagai suri rumah adalah waktu yang mencabar buat saya. Saya terbawa-bawa dengan perangai marah-marah saya sewaktu saya bekerja. Ya betul. Saya sangat suka marah dan membebel. Dan bebelan itu selalunya akan bersambung-sambung ke anak-anak yang lain walau pada asalnya hanya seorang anak yang dimarahi. Dahsyat bukan? Itu lah saya. Betapa dangkalnya perasaan saya ketika itu.

Tahun kedua sebagai suri rumah melihatkan perasaan saya sedikit terurus. Masih garang dan kuat membebel tetapi dengan kadar yang kurang. Saya mula memikirkan perasaan mereka-mereka yang saya bebelkan. Apa yang saya mungkin rasa jika saya berada di tempat mereka? Dan saya juga cuba memikirkan apa akan jadi pada mereka jika saya terus dengan habit saya sehingga mereka dewasa. Tentu membosankan dan tentunya mereka akan imun dan mungkin juga mereka tidak sabar-sabar untuk meninggalkan rumah. 

Tahun ketiga. Lebih mudah menguruskan perasaan. Kurang marah dan kurang bebel. Kalau bebel pun ada sebab. Alhamdulillah. 

Tahun ini tahun keempat.

Benarlah. Ilmu membuatkan kita bergerak dengan lebih yakin. Pengalaman pulak membuatkan kita lebih faham. Dan, semuanya dengan izin Allah. 


Aida Ishak
Shah Alam

Wednesday, December 24, 2014

Diari Mama - 4


Sayu.
Itulah perasaan saya tatkala kaki saya menjejaki Masjid Negeri hari ini.

Sebulan saya dan suami menghantar Balqees Hashim dan Haarith Hashim ke Masjid Negeri untuk Program Smart Khalifah. 
Ternyata masa mereka di waktu cuti ini tidak disia-siakan dengan hanya menonton tv dan bermain, Alhamdulillah.

Hari ini adalah hari terakhir program ini berlangsung.

Balqees H dan Haarith H masing-masing menggunakan wang simpanan untuk membelikan fasilitator mereka tanda mata. Nampaknya masing-masing amat-amat menyayangi fasilitator yang ditugaskan untuk mendidik mereka sepanjang program tersebut.




Ya, hari akhir sesi tahfiz dan daurah di sini, namun bukan yang akhir buat mereka terus mengunjunginya dan bukanlah sesi terakhir utk terus menghafaz dan membentuk jati diri muslim sejati.

Moga anak-anak ini terus menjadi anak-anak yang cintakan Islam, ilmu dan juga masjid.

Allahumma Aamiin.


Aida Ishak
Shah Alam


Tuesday, December 23, 2014

Kerenah Hashimiz - Ubi Kayu Yang Masin


Hari yang mendung. Nampaknya tak ada rezeki kain-kain di jemuran kering sepenuhnya hari ini. Namun, sebagai suri rumah, inilah kerja saya, walau saya amat liat untuk melipat kain, tetapi baju-baju sememangnya amat gemar dibasuh. 

Tetapi apabila cuaca tidak menyebelahi saya, Saya rasakan lebih baik untuk saya menunda sesi membasuh pakaian sehingga pakaian di jemuran mengering. 

Kesempatan yang ada, saya ambil dengan melayan Anees Hashim. Saya memintanya mengambil blok-blok ABC dan membuat aktiviti denganya. Dia amat teruja sehingga saya sendiri kepenatan.

Mama : Ok lah sayang. Mama pun dah penat. Sebab kita dah baca banyak, jom kita tgk tv sama2?
AH     : Tak nak! Adek nak main tulis-tulis pulak!
Dia memuncungkan bibirnya.
Mama : Ok lah. Adek amik kertas. Nanti Mama tulis, Adek ikut.
AH     : Yay!! Jap Adek amik.
Dia berlari-lari mendapatkan kertas dan kemudian mendatangi saya dengan sekeping kertas yang diambilnya dari printer.
Mama : Adek nak Mama tulis apa?
AH     : UBI KAYU YANG MASIN
Mama : Hah?!! Kenapa kena tulis tu?
AH    : Tadi Mama tanya nak suruh tulis apa. Sekarang Mama tuliskan, Adek tiru lah.
Dia mencekak pinggangnya
Mama : Hahahaha...kelakar je. Jangan lah marah.
AH      : Tak marah pun. Cepatlah tulis!

Saya pun tulislah. Sambil ketawa. 

AH      : Cuba Mama amik gambar Adek dengan kertas ni..
Mama : Hahahahahaha...

Saya mengambil gambarnya. 
Juga sambil ketawa. 



Anda juga tengah ketawa ke?
Hahahahhaha..

Ubi Kayu Yang Masin

Aida Ishak
Shah Alam

Monday, December 15, 2014

Diari Mama - 3



Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah




Damai. Tenang.
Suasana di Masjid Negeri sememangnya sebegitu. Saya merasakan ketenangan yang tidak tertolak.

Alhamdulillah, sejak dua minggu ini, saya berpeluang menunaikan solat Zuhur berjemaah di sini.
Antara peluang yang saya perolehi sambil-sambil menunggu 2 Hashimiz menyudahkan kelas tahfiz harian mereka pada jam 2.00ptg.

Alhamdulillah thummalhamdulillah.

Seperti biasa, saya akan menunggu mereka di salah satu ruang di tingkat bawah. Kebiasaannya ruang itu menjadi laluan para muslimat untuk mengambil telekung solat. Saya suka memerhati, dan selalunya keletah anak-anak kecil mencuit hati saya.

Tetapi hari ini, saya direzekikan dengan satu senario yang berlainan daripada selalu. Kehadiran 2 jemaah kecil ini membuatkan saya terpegun.




Si Abang mengangkat takbiratul ihram. Si Adik yang sebelum itu leka melompat-lompat bermain, terus berdiri di belakang, solat berimamkan abangnya.  

Masya Allah Tabarakallah!!
Wahai ibu ayah pada 2 anak kecil ini, sesungguhnya saya mengagumi kalian. 

Seusai mereka bersolat, si adik menyalami tangan abangnya, dan alangkah terharunya saya apabila melihat abangnya memeluk adiknya. 

Masya Allah Tabarakallah.
Bagaimanakah cara kedua ibu bapa anak ini mendidik mereka? 

Betapa saya rasakan diri saya kerdil di hadapan 2 anak ini. Mereka mengajar saya erti cinta pada Allah dan kasih sesama saudara.

Firman Allah: (Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku 
(Ibrahim [14:40]).

Satu persoalan.
Apakah lurus jalan didikan kita?
Mereka adalah amanah Allah...

Aida Ishak
Shah Alam

Diari Mama - 2


Cukuplah Allah bagiku



Berat. Tetapi adakalanya kita terpaksa beralah dengan takdir dan ujian yang Allah beri. Rasa serba salah dan bersalah bersarang dalam hati, senak dalam benak pemikiran. Tak semua mungkin mengerti dan bukan semua yang memahami akan erti. 

Di Saat Itu : 

Saat itu bermulalah rutin hidup yang baru. Saat itu juga terputuslah redha dari ibu dan kini redha diberi oleh suami. Di saat itu juga lerailah tanggungjawab keluarga terhadap dan di saat itu juga bermulalah tanggungjawab kepada keluarga baru.

Detik saat terakhir itu hanya akan menjadi satu kenangan dan memori terindah. Tidak mampu diulang selagi bergelar isteri. Dan di saat itu juga bermulalah episod melakar memori bersama suami sehingga nanti nafas terhenti.  
Aida Ishak

Mana tempat isteri?
Tentunya di sisi suami.


Aida Ishak
Shah Alam






Thursday, December 11, 2014

Diari Mama - 1




biarlah anak menjadikan ibu bapanya sebagai hero dalam dirinya.
dia rasa selamat dan bertuah selagi mana ibu ayahnya hidup hanya kerana Allah.



Bila melihat mata anak-anak bersinar, saya merasakan ianya satu momen indah. Bukan apa pun, hanya dengan sedikit anggukkan tanda setuju apabila mereka meminta izin utk bermain bersama anak2 jiran.

Kejarlah duniamu aduhai anak, bukan dunia yang menduniakan, tetapi dunia yg dalamnya ada tawa riang, tiada takut. Raikan dunia anak-anak2mu aduhai anak, sebelum kamu mengerti akan erti dunia dewasa yg bakal memakanmu jika kamu terlebih dosnya.

Aida Ishak
Shah Alam