Monday, January 5, 2015

Bila Cinta

Bila cinta



Belayar di lautan luas
Menikmati  kehebatan Allah yang Maha Kuasa.
Tidak terjangkau akal melihat
Tidak sunyi hati mengucap zikir
Memuji kebesaranNya.

Itu bila cinta terbit.

Mendaki bukit dengan semangat jitu kukuh
Peluh membasahi bukan hanya di dahi tapi seluruh tubuh
Letih lelah lenguh tangan menongkat kaki
Puncak dijejak nafas mengeluh
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Itu bila cinta terbit.

Melangkah semangat penuh harapan
Rumah-rumah Allah melambai datang
Tatkala laungan azan memanggil umat menunaikan solat
Tak mahu lambat, kena cepat
Tak mahu sendirian, tetapi berjemaah
Terasa enak halawatul ibadah

Itu bila cinta terbit.

Teruja gembira senyum hingga ke telinga
Menjeling mesra ke arah sana
Melihat cantiknya permaisuri yang bakal melengkapi
Hidupnya seorang manusia bernama lelaki
Melihat tampan bergaya bak putera raja idaman hati
Di kiri kanan bahu terpikul janji
Onak duri sama sama tempuhi
Hidup sebagai suami isteri

Itu bila cinta terbit.

Cintailah sebagaimana selayaknya mencintai
Cintailah selagi mana mampu mencintai
Asalkan cinta itu terbit untuk Ilahi
Bukan untuk jadi bahan uji kaji
Tetapi yang berlandaskan syar'ie

Aida Ishak
Shah Alam

No comments:

Post a Comment